RSS
August 04, 2007 | admin | Comments 0

Berbisnes Di Internet Sambil Outstation Part 2

Artikel ini adalah sambungan kepada Berbisnes di Internet Sambil Outstation, Part 1. Jika dulu, artikel saya lebih menekankan kepada perjalanan di dalam negeri, kali ini saya akan memberi tips-tips untuk perjalanan ke luar negara pula.

Electrical Outlet
Jika anda ke luar negara, anda harus tahu jenis electrical outlet pada negara tersebut agar peralatan elektronik dan laptop anda tidak rosak kerana voltage yang berbeza boleh merosakkan peralatan anda.

Jangan memasukkan soket laptop atau barangan elektronik anda terus ke outlet elektrik di hotel atau di mana-mana tempat anda kunjungi. Laptop atau peralatan anda (ipod, cd player, mp3 player, external modem, etc) boleh rosak jika tersalah voltage.

Pastikan:

1.) Jenis-jenis soket elektrik di negara yang anda kunjungi sama ada 2-pin atau 3-pin dan bentuk soket elektrik di sana. Anda mungkin harus membawa universal adapter untuk membolehkan anda menggunakan peralatan elektronik anda.

englishplug.jpg

usaplug.jpg

2.) Voltage elektrik di negara tersebut:
Voltage di Malaysia ialah 240 Volt dengan frekuensi 50 cycle setiap saat.
Berikut adalah untuk negara-negara lain:

- Australia: 240V, frekuensi: 50.
- China: 220, frekuensi: 50.
- England: 240V, frekuensi: 50.
- India: 220V, frekuensi: 50.
- Japan: 100V, frekuensi: 50/60.
- Thailand: 220V, frekuensi: 50.
- USA: 120V, frekuensi: 60.

3.) Pastikan anda mempunyai adapter untuk peralatan anda. Tanya pada hotel yang didiami jika mereka ada voltage converter atau voltage transformer.

Bacakan risalah perjalanan mengenai voltage yang digunakan di negara yang anda kunjungi. Jika anda akan ke berbagai negara, pastikan anda bawakan adapter. Kaji dulu jenis outlet elektrik yang terdapat di negara tersebut melalui internet atau buku tourist.

Adakalanya, lain-lain kawasan pada negara yang sama mungkin mempunyai outlet elektrik yang berbeza. Tanya penduduk tempatan dan kaji dulu jika anda ingin pastikan peralatan elektronik anda selamat!

Talian Internet di Luar Negara:
1.) Di negara maju seperti USA, Australia, UK, Germany, Japan, Singapore dan sebagainya, anda mungkin tidak akan mengalami masalah untuk sambung ke talian internet. Negara-negara tersebut biasanya mempunyai sambungan internet di hotel, WIFI di lapangan terbang atau tempat awam, coffee houses berinternet dan cyber cafe yang banyak.

2.) Negara lain mungkin memerlukan anda tinggal di hotel bertaraf 4 atau 5 bintang baru mempunyai kemudahan internet. Anda harus mencari cyber cafe jika hotel yang didiami tiada internet.

3.) Ada juga tempat yang mugnkin memerlukan anda register terlebih dahulu sebelum menggunakan internet. Sila baca tentang peraturan dan undang-undang negara yang ingin dikunjungi.

Membawa Laptop, Alat Elektronik dan Aksesori ke Luar Negara:
Disebabkan keadaan sekuriti semakin ketat untuk perjalanan ke luar negara:
- pastikan anda tidak membawa barang-barangan yang dilarang ke luar negara.
- pastikan anda menggunakan software yang diiktirafkan atau original (bukan pirated).
- pastikan dalam hard drive anda tidak ada unsur-unsur lain yang illegal (faham-fahamlah sendiri).

Warranty dan Insurance:
1.) Pastikan anda mempunyai warranty untuk peralatan elektronik anda jika berlaku kerosakkan.
2.) Pastikan insurance perjalanan anda merangkumi kehilangan, kecurian dan kerosakkan peralatan elektronik anda, terutamanya laptop.
3.) Simpan warranty dan dokumen insurance anda dengan baik.

Sebenarnya, sama ada anda berada di dalam negeri atau luar negara, anda tetap dapat menjalankan dan mentadbir bisnes internet anda seperti biasa. Yang penting, anda telah bersedia dan merancang perjalanan anda, termasuk segala peralatan yang dibawa. Jika anda merancang dan bersedia dari awal, anda dapat mengelakkan kemungkinan peralatan elektronik anda hilang atau rosak.

kapalterbang01.jpg

:mrgreen:

Popularity: 17% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetTips Bisnes InternetUlasan HardwareUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: