Berbisnes Di Internet Sambil Outstation Part 1
Saya dapati saya sentiasa juga ke luar daerah (outstation) dan di sini saya ingin memberi pendapat cara menjalankan bisnes internet anda jika anda seseorang yang kerap bergerak (travel) di dalam negeri mahupun ke luar negara.
Peralatan yang diperlukan ketika outstation:
1.) Laptop ber-WIFI (sebaik-baiknya).

2.) Segulung network cable atau kabel untuk internet (jika hanya ada port untuk internet tetapi tiada WIFI pada lokasi atau laptop anda tiada WIFI / resepsi WIFI lemah).

3.) ATAU telefon bimbit berinternet.
4.) Thumbdrive (2GB++)
5.) ATAU Portable External Hard Drive (120GB - RM450-RM700, bergantung pada jenama.)

Tempat anda boleh mencari internet ketika outstation:
1.) Hotel - sama ada terdapat internet di seluruh hotel (WIFI) ataupun memerlukan anda booking bilik berinternet. Kos bilik yang ada internet sendiri biasanya extra RM10 - RM50 dari harga asal bilik (bergantung pada Hotel dan daerah).
2.) Cybercafe - kos diantara RM1.50 - RM5.00 sejam bergantung kepada daerah mana.
3.) Office (jika anda outstation untuk kerja.) - selalu percumalah.
4.) Coffee Houses - StarBucks, Coffee Bean, etc - perlu anda membeli minuman atau makanan, biasanya paling murah teh ais (RM4.00++).
5.) Rumah saudara / sahabat / client.
Masalah yang sering dihadapi ketika outstation:
1.) Talian internet kurang baik, terutamanya jika bertugas di kawasan pedalaman.
2.) Ada daerah masih mempunyai resepsi telefon bimbit yang lemah dan mungkin anda tidak dapat menggunakan internet pada telefon anda.
3.) Hotel yang diduduki tiada internet / bilik berinternet sudah penuh.
4.) Talian internet asyik terputus-putus dan signal lemah.
Keselamatan Peralatan Anda:
1.) Keselamatan peralatan anda seperti modem, kabel dan gadget-gadget lain. Jangan tinggalkan peralatan elektronik dan laptop anda di dalam bilik hotel secara terang-terangan. Jangan tinggalkan laptop anda di dalam kereta yang tengah parking.
2.) Kerosakkan - peralatan boleh rosak semasa tengah traveling seperti ketika di atas kapal terbang, keretapi, kereta, bas, bot dan kapal. Laptop mudah rosak kalau basah kerana hujan, begitu juga dengan PDA dan telefon bimbit. Kabel dan wayar boleh rosak jika tidak diletakkan dengan baik dalam beg atau bagasi.
3.) Kehilangan - akibat kecuaian atau kecurian.
Tip-tips Berbisnes di Internet Sambil Traveling / Outstation:
1.) Pastikan beg laptop anda dapat memuatkan semua kabel, aksesori dan apa-apa barang yang anda perlukan dalam satu tempat dan dimuatkan dengan SELAMAT.
2.) Jangan lupa bawakan Thumbdrive atau Portable External Hard Drive kerana biasanya hard drive laptop mempunyai muatan terhad. Lagipun, jika anda mahu download mp3, grafik dan video, anda akan memerlukan space yang banyak. Jika anda bekerja dengan photoshop untuk menghasilkan grafik sendiri, anda juga perlukan saiz HD yang besar, begitu juga kalau anda sedang membuat video tutorial dan sebagainya.
3.) Belikan pengunci laptop (laptop lock).

4.) PEMBAHAGIAN MASA:
- jika anda membuat bisnes secara sambilan, anda mungkin hanya dapat bekerja untuk bisnes internet anda pada waktu malam atau weekend sahaja.
- jika talian internet hanya dapat digunakan pada masa-masa tertentu sahaja, jadualkan kerja anda supaya anda gunakan masa yang ada internet untuk research, download dan upload. Kerja-kerja seperti design website, menulis salesletter, menulis ebook dan membuat produk boleh dilaksanakan pada masa di mana anda tiada internet.
Yang penting anda rancangkan kerja dan jadual untuk bisnes internet anda. Adakalanya bekerja di internet agak frustrating bila talian internet kurang baik (sebagaimana yang saya alami sejak 1 1/2 minggu outstation ni) tapi janganlah membuat ia menjadi halangan kepada bisnes anda.
Saya sendiri rasa agak ketinggalan dengan berita bisnes internet dalam dan luar negeri kerana talian internet kurang elok di tempat saya ni. Rasanya banyak juga promosi email dan product launch yang saya ketinggalan dan tak sempat nak sertai atau ketahui.
Tetapi tak apa. Bak kata orang, buat sehabis baik dengan apa yang sedia ada.
Baiklah, jumpa lagi di lain coretan.
Galadriel.
Popularity: 18% [?]

























on 


naim
| Aug 2, 2007 | Reply
tips yang amat berguna untuk saya…tapi kesemuanya masih belum saya miliki..nak cari masa dan duit untuk dapatkannya
admin
| Aug 3, 2007 | Reply
hai Naim …
Tak pe, slow-slow dulu, nanti awak dapatlah beli laptop.
Kak G pun dulu dah dekat 1 year baru start guna laptop pun.
heheh … kalo tak dulu heret komputer dan monitor dalam kereta merata-rata ikut suami outstation …. semata-mata kerana berbisnes di internet …
…tapi hanya untuk outstation di Semenanjung Mesia je lah ….
Azahari
| Aug 14, 2007 | Reply
Satu perkara yang paling penting bagi saya adalah keselamatan notebook itu sendiri. Sekarang ni banyak kes kecurian notebook.Janganlah kita menaruk kepercayaan penuh pada kereta untuk menjaga barang berharga kita.
Kalau saya balik kg, saya bawak balik modem 3G Maxis saya..sebab notebook takde lagi…kekeke
Galadriel
| Aug 15, 2007 | Reply
Betul tu Azahari, memang bahaya tinggal notebook dalam kereta.
Pernah saya dengar, ex-ofis mate saya dulu keluar sekejap je dari kereta untuk ke kedai runcit, bila balik je, tingkap kereta dah pecah dan laptop dan kena angkut.
Tak sampai 5 minit pun kejadian tu.