Meletakkan Video di YouTube dan Blog
Saya sekarang berada di KLIA, tengah tunggu sejam lagi untuk flight ke Bintulu, Sarawak kerana ikut hubby outstation. Nasib baik juga WIFI di KLIA boleh tahan juga so saya sempat lagi nak check email dan tulis di blog.
3 minggu yang lalu, saya sempat juga testing merakam video untuk YouTube. Saya tidak menggunakan apa-apa peralatan video yang canggih, cuma digital camera saya yang berjenis Nikon CoolPix L1, kamera digital yang lama je. Saya telah merakam video arnab saya tengah makan lobak merah selama hampir 2 minit. Saja nak testing.
Output video telah dirakam dalam bentuk .MOV. Mula-mula saya ingat ke saya perlu tukarkan format video sebelum upload ke YouTube, tapi rupanya format .MOV pun diterima oleh YouTube juga.
Upload video ke YouTube telah mengambil masa lebih 3 jam kerana Streamyx tengah slow time tu. Lagipun saya pun tengah testing je so saya tak reformat video kepada file lebih kecil atau ubahsuai apa-apa. Saya tengok YouTube ni boleh tahan juga sebab membenarkan file yang agak besar diuploadkan (100 MB / 5-10 minit).
Di sini saya tengok memang macam-macam yang boleh kita laksanakan dengan video ni. Walaupun kamera digital saya dah lama dan tak secanggih model kamera sekarang ni, saya masih mampu merakan video yang agak berkualiti.
Saya juga mendapati terdapat banyak software edit video yang percuma yang boleh didapati di internet, ada untuk menukarkan .MOV ke format lain seperti .AVI dan .FLV, ada juga untuk mengubah dan menambahkan audio (bunyi) video.
Alamak, saya terpaksa pergi dulu kerana tak lama lagi kena naik flight. Nanti saya akan sambung balik cerita tentang video ni …
Untuk maklumat lanjut tentang cara nak upload video ke Youtube, boleh baca di sini:
How to Upload Video to YouTube
Popularity: 35% [?]



























naim
| Jul 23, 2007 | Reply
salam akak…hehehe..lama tak menjenguk sini..( chewwah macam la aku ni pelawat tetap akak..apa la ko naim )…
opss…akak cuba tengok trackback tu..semacam je nengok..
Najmi Yusoff
| Jul 25, 2007 | Reply
Hola kak,
Saya ni, Najmi. Dah sampai ke Sarawak akak ye? Hafiz ada beritahu saya ari tu. Enjoy the trip ok.
Just to update, saya pun dah come up with my own domain and blog. Check out http://www.najmiyusoff.com . PimpMyCovers.com pun saya dah buat, atas cadangan akak ari tu. hehe. Thanks a lot.
Keep it touch! Kim salam kat abg Azam!
Regards,
Najmi Yusoff
http://www.najmiyusoff.com
Internet Marketer - Traffic Broker - Graphic Designer
admin
| Jul 26, 2007 | Reply
Thankx Naim,
Ia sudah diuruskan …. masuk dalam tong sampah…
huhu …. patut trackback tu nampak semacam je.
hai Najmi …!
Congrats coz cepat implement idea tu ….
huhu … ni kena charge consultation fee ni….