Book Review: All Marketers Are Liars oleh Seth Godin
Sebagaimana pembaca setia blog saya tahu, saya memang minat membaca buku-buku bisnes dan marketing. Kali ni, saya telah membaca buku: All Marketers Are Liars oleh Seth Godin. Buku ni kurang-lebih 169 mukasurat dan dijual dengan harga RM43.95 di Borders Bookstore. Rasanya kalau ke Popular bookstore, mungkin lebih murah kerana ada diskaun 10% kalau anda ada Kad Popular.
Walaupun buku ni ada tajuk yang agak controversial dan diselitkan dengan lawak-jenaka, saya dapati ia sangat menarik dan menceritakan konsep yang ingin disampaikan dengan berkesan. Basically, buku ini memberitahu pembaca bahawa marketing yang terbaik ialah dengan memberikan ‘cerita’ yang sangat berkesan dan efektif kepada yang mendengarnya sehingga mereka sendiri akan menyebarkan cerita baik tentang produk atau servis tersebut kepada orang lain tanpa disuruh. Konsep ni juga mempunyai elemen word-of-mouth marketing dan juga viral marketing (kerana cerita tersebut tersebar dengan pantas).
Sebagai contoh, kalau kita lihat industri kereta. Kenapa ramai orang impikan BMW atau Mercedes sedangkan kereta Honda atau Toyota lagi menjimatkan minyak dan efisyen? Ini adalah kerana jenama BMW dan Mercedes telah memberi ‘cerita’ kepada orang ramai bahawa memiliki BMW atau Mercedes adalah lebih stylish, elegant dan mempamerkan kemegahan dan kejayaan. Sejak bila kereta BMW atau Mercedes dikaitkan dengan kejayaan, saya tak pasti, tapi yang pasti ialah iklan untuk kereta-kereta tersebut memang sangat berkesan hinngakan kalau kita lihat seseorang memandu Beemer atau Merz di jalanraya, biasanya minda kita akan automatik kata,”wah, tu mesti orang kaya…”. Betul tak?
Sama juga dengan kasut, para remaja dan orang dewasa ada yang sanggup membelanjakan RM200 - RM500 untuk sepasang kasut Nike atau ReeBok, walaupun mungkin jenama lain yang berharga RM49.90 tu mempunyai fungsi dan kualiti yang kurang lebih saja. Tetapi kita bayar extra RM150 - RM450 tu bukan kerana spesifikasinya sangat pun (alah, kasut Nike pun ada kilang kat China gak!), tapi lebih kerana ‘cerita’ yang diberi oleh kasut-kasut tersebut, iaitu pemiliknya adalah orang yang hip, trendy dan mengikut rentak semasa.
Banyak lagi contoh-contoh dan tips yang diberi oleh Seth Godin dalam buku beliau dan ia berguna dalam apa jua bisnes yang diceburi, tak kira online atau offline. This book is highly recommended if you’re serious about marketing.
ps - oh yeah, if the name Seth Godin sounds familiar, well, he is also the founder of Squidoo.
All Marketers Are Liars: by Seth Godin
Another book by Seth Godin: The Purple Cow:
ps - saya tengah bercuti sekarang ni dan ini adalah posting secara automatik
Popularity: 28% [?]



























Johari
| Jul 7, 2007 | Reply
saya terpikir satu situasi sekarang ini
ada sesetengah marketer membuat promosi yang macam “ribut melanda”. Mereka mampu buat orang ramai tak senang duduk menunggu masa pelancaran produk mereka ..
mcm mana ya?
Zul
| Jul 11, 2007 | Reply
TQ for the good review. Sy belum baca lagi buku Seth, tapi dari review ni saya dapat rasakan Seth mempunyai gaya penulisan seperti Robert Kiyosaki atau Azizi Ali yang lebih kepada konsep ‘I’ll write what I want’ dan bukannya menulis seperti buku teks yang boring. Nanti one day saya beli buku ni.
Thanks again.
Noorizam Shah
| Jul 21, 2007 | Reply
Saya pun meletakkan minda kepada kenderaan seperti BMW dan merc melambangkan kekayaan dan kejayaan seseorang…