RSS

Celoteh Pasal Cuti, Web 2.0 dan Apa-apa 2.0

June 29, 2007 | admin | Comments 0

Sekarang saya tengah type posting ni di StarBucks KLSentral. Pagi-pagi lagi saya telah ke sini kerana saya tahu connection internet di sini memang laju dan juga kerana saya akan pergi bercuti di rumah mak sedara saya di Miri, Sarawak selama seminggu. Sebenarnya flight saya jam 4:00 petang nanti tapi sebab internet kat rumah slow dan huhu saya pun excited nak tengok aunty saya, awal gak saya bangun dan pergi ke KLSentral. Sebab malam ni Aunty saya janji grill ayam panggang untuk saya bila saya sampai di Miri. :mrgreen: So kalau korang ada kat Starbucks KLSentral, do come and say hi. Saya rasa saya ada kat sini sampai tengahari kot. Tak pasti lagi.

Oh ye, disebabkab rumah aunty saya takde internet, saya mungkin tak online selama 11 hari tapi posting kat blog ni tetap adalah (huhu automatic blogging). However, saya akan cari gak CC lah.

Okay, sekarang ni memang ramai yang sibuk pasal web 2.0 dan kalau anda masih keliru tentang istilah web 2.0, anda boleh baca tentangnya di sini ==> Apakah Web 2.0.

Saya memang suka konsep web 2.0. Dulu time saya masih student, antara year 1996 – 2000, saya pernah gak bina website peribadi (yang free le) tapi the only interactivity diantara saya dan pengunjung saya hanyalah guest book sahaja. Sekarang dengan adanya platform blogging, saya tulis posting je, orang terus boleh komen dan ia lebih interactive. Yang paling bestnya, dengan adanya fungsi seperti MyBlogLog dan BlogCatalog, bertambah lagi interactivity diantara online users semua.

Hmm, sejak istilah Web 2.0 digunakan, saya nampak perkataan 2.0 ni jadi kerap pula diaplikasikan ke produk-produk di internet. Sebagai contoh, hari ni Google hantar saya email tentang Google Referral 2.0 iaitu Google telah memperluaskan lagi rangkaian referral products mereka dan menambahkan fungsi-fungsi khas untuk Referral 2.0 bagi memudahkan Publishers taget keywords, optimize ad unit, target pages dan compensation plan yang lagi baik.


Kalau awal tahun ni pula, telah muncul pula skrip JVManager 2.0 (yang juga dikenali sebagai JVM Fantasos), sebuah shell skrip yang hebat tetapi agak complex dan complicated. Skrip ini tidak direcommend kalau anda sekadar nak bina website-website biasa kerana ia memerlukan masa untuk difahami tetapi ia sangat baik untuk intermediate dan advance users yang ingin membina jaringan affiliate product website dan members site. Harganya yang mencecah beribu-ribu lemon pun mungkin akan put-off mereka yang baru nak bermula atau belum mempunyai plan untuk membina jaringan website yang complex.

Satu lagi 2.0 yang akan launch ialah XSitePro 2.0 pada hujung tahun ini. XSitePro sekarang ialah versi 1.60 dan saya recommend untuk para newbie dan semua orang. Saya menggunakan XsitePro untuk membina homepage InternetMelayu.com dan juga website-website saya yang lain dan website-website clients saya.

Saya berharap XSitePro 2.0 nanti akan address semua issues berkenaan dengan integrasi web templates dari software lain seperti Dreamweaver, Frontpage atau NVU dan juga mempunyai ciri-ciri split-view (code and design view) seperti yang ada pada Dreamweaver 8 dan source code view yang lebih user-friendly.

Oh ye, bagi yang membeli XSitePro XsitePro sekarang, anda akan secara automatik mendapat upgrade percuma ke versi 2.0.
Bagi kami yang dah lama dulu beli software ni, kami akan dikenakan sedikit bayaran untuk upgrade ke versi 2.0.

Kalau anda masih kurang faham cara penggunaan software ini, sila download secara PERCUMA 3-part tutorial XSitePro di homepage InternetMelayu yang saya telah hasilkan sendiri berdasarkan pengalaman saya menggunakan software ini.

Okaylah, saya pun dah penat menaip. Selamat beristirehat di hujung minggu. Semoga usaha anda diberkati Tuhan dan kita dikurniakan rezeki yang halal selalu.

Galadriel.
Starbuck KLSentral.
10:48 pagi.

Popularity: 39% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: Berita GoogleFeaturedGuru TalkOld TBlog EntriesTentang Wordpress.orgTips Bisnes InternetUlasan Rich SchefrenUlasan Software dan ScriptUncategorizedWeb 2.0

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (0)

Trackback URL

Comments are closed.