Meeting Dengan Kawan-kawan dan Mengapa Ia Penting
Bulan ni saya kerap pula bertemu dengan kawan-kawan saya yang terlibat dengan internet marketing. Pada 9 Jun yang lalu, saya telah ke mastermind meeting Gobala untuk Malaysian Revolution di Hartz Chicken Buffet, Sunway Pyramid. Memang banyak yang dibincang (dan dimakan!). Suami saya, Bear Me’re pun ikut sama dan kami bertemu dengan Ms. May Ong, Zul Afia (salah seorang calon Internet Millionaire pusingan pertama) dan beberapa orang lagi termasuk Hafiz MalaysiaPal.
Pada hari Sabtu baru-baru ni pula, 23 Jun, saya dan adik saya pula telah ke meeting Kidino di RK Satay, berdekatan LRT Setiawangsa. Di sana, saya bertemu dengan Deen, AmirulFaisyal, Sunny Tan, kakak Kidino dan suaminya, isteri Kidino dan Iman, dan beberapa orang lagi. Oh ye, Hafiz MalaysiaPal dan Najmi dari Cheapestcovers.com pun ada sekali.
So, mungkin anda tertanya, kenapa Kak G rajin nak ke meeting-meeting ni. Sebenarnya dulu semasa saya kerja di ofis, memang kerapa jumpa client, jumpa supplier, jumpa macam-macam orang dan tentu sekali, lepak-lepak dengan rakan sepejabat.
Tapi setelah saya bekerja online, saya jarang pula bertemu-muka dengan sesiapa kerana banyak menghabiskan masa di depan PC atau laptop. Kekadang, mungkin sebab dah biasa dulu duduk di pejabat dengan ramai-ramai kawan, sekali-sekala saya rasa nak juga kenal dengan rakan-rakan online, terutamanya yang sering contact saya atau membaca Blog Internet Melayu ni.
So, saya make it a point, at least sekali dalam sebulan untuk meeting dengan rakan-rakan internet marketing. Dulu bila ke Penang, saya sempat jumpa Mohd Sufian dan Badruzamani, bila di KL, biasanya saya jumpa mereka yang tinggal di KL atau Selangor.
Saya pernah baca buku tentang marketing yang menceritakan kepentingan sesekali bersemuka dengan orang ramai terutamanya jika bekerja dalam bisnes Work-At-Home seperti perniagaan di internet. Dalam dunia siber, kita semua berselindung disebalik keyboard. Walaupun kita memberi nama sebenar dan menunjuk Avatar yang mengandungi wajah kita, kita masih lagi berselindung disebalik keyboard kerana apa yang kita pamerkan di internet boleh jadi khayalan dan dongengan semata-mata. Untuk memberi kepercayaan kepada pelanggan dan sahabat online kita, tidak salah kalau sekali-sekala kita membuat perjumpaan atau menghadiri perjumpaan yang dianjurkan oleh orang lain.
Another reason ialah untuk berkongsi pengalaman dalam perniagaan kita dan share ideas. Semasa meeting di RK Satay, saya rasa saudara AmirulFaisyal ada tanya saya tentang Auction Ads. Memang saya akui saya tak ada pengalaman dalam Auction Ads kerana saya lebih kepada affiliate marketing, Adsense dan product creation. Saya pernah mendengar tentangnya, tetapi tak pernah cuba atau tahu dengan lebih lanjut. Walau bagaimanapun, soalan tersebut telah membuka minda saya kepada teknik tersebut dan mungkin ia sesuatu yang saya boleh aplikasikan pada masa hadapan. So bagi saya, meeting dengan kawan-kawan ialah bukan setakat proses networking tetapi sharing sekali.
Of course, saya pernah juga dulu-dulu ke meeting di mana ada juga individu yang enggan share tapi hanya nak perah knowledge je dari orang lain. Ini adalah perlakuan yang kurang baik kerana lama-kelamaan anda akan menjadi buah mulut orang dan setiap kali ada perjumpaan akan dicop sebagai orang yang hanya nak sedut otak orang je (suck other people’s brains out
) dan orang lain akan menjauhkan diri dari anda. Setakat ni di Malaysia saya tak jumpa lagi macam tu tapi semasa di WIMS Singapore hari tu, macam-macam perangai gak saya jumpa (yelah, yang hadir beribu-ribu orang dari serata dunia, jadi mesti ada sorang-dua yang tak betul.
)
So, lain kali kalau nampak ada perjumpaan ramai-ramai ataupun kalau ada seminar yang menarik, pergilah untuk bertemu rakan-rakan seperjuangan
.
Popularity: 17% [?]
























on 


Paypal2u Bloggers
| Jun 25, 2007 | Reply
Kalau nak merasa makan keropok lekor atau nasi kukus… mai la datang Kemaman… Gua sekarang dah pindah sini… Dulu lain la.. duduk kat Shah Alam…
Datang sini kita boleh bincang-bincang idea internet bisnes… Jangan risau … makan gua sponsor…
admin
| Jun 25, 2007 | Reply
huhu … dekat dah dengan kampung saya tu …
Paypal2u Bloggers
| Jun 26, 2007 | Reply
Gua lepak skarang nie kat Chukai…. kalau datang boleh la gua blanja…
sebab gua pindah, bini gua dapat pindah ngajar di SK Kijal… jadi gua mai sini la…
JimieRay
| Jun 27, 2007 | Reply
Wahh… Akak ada datang Penang ya. Kalau datang lagi jangan segan kontek @ email saya. Bole kita jumpa sambil makan nasi kandaq dgn wife saya.
Bulan lepas saya jumpa SmartZul kat Penang ni, dia datang ada seminar kat USM. Malam tu sempat juga kami pegi shoping beli DVD kat Bt Feringhi. Masa SmartZul datang bulan April dulu ada kami jumpa dengan Zamri Nayan juga. Masa jumpa SmartZul sempat saya bincang dgn dia untuk projek saya yg akan datang sbb saya lebih nak tumpukan kpd produk fizikal dulu.
Memang betul dalam bisnes ni kita perlu buat netwoking juga. Tak semestinya MLM jer kena buat networking.
admin
| Jun 27, 2007 | Reply
huhu … Jimieray, nanti kalo Kak G ke Penang, saya akan kasi tahu …