Internet Marketer Malaysia: Bantulah Saudara Kita Badruzamani
Petang ni saya telah buka email dan mendapati saudara Alang telah membuat satu posting tentang nasib sahabat kita, iaitu saudara Badruzamani.
Anda boleh membaca posting Alang di sini: http://www.szab.net/blog/2007/06/18/hulurkan-bantuan-ringankan-beban
Semasa saya ke Seberang Jaya, Penang dulu kerana ikut suami outstation, saya sempat juga bertemu dengan saudara Badruzamani. Masa tu Mohd Sufian lah yang membawanya dengan kereta untuk bertemu saya di Hotel Pearlview.
Kami telah bertemu di lobby dan kemudian saya membawa mereka makan di restoran di hotel. Walaupun berkerusi roda, saudara Badruzamani adalah seorang yang gigih dan banyak idea. Kami semua berbincang tentang perniagaan dan pemasaran internet dan kebetulan saya membawa laptop saya dan dapat juga tengok internet kerana restoran tersebut ada WIFI.
Saya juga kagum dengan saudara Mohd Sufian yang ternyata banyak membantu Badruzamani dan memang boleh dikatakan sahabat yang sejati. (huhu … bagi ibu-ibu kat luar sana yang ada anak dara, Sufian ni bakal menantu yang baik, ye!)
Dulu saya pernah rasa macam nak quit je internet marketing di Malaysia kerana rasa bosan dengan komen-komen mereka yang menyakitkan hati. Tapi bila saya tengok kesungguhan dan kegigihan Badruzamani, walaupun beliau kurang upaya dan terpaksa menggunakan kerusi roda dan juga dengar tentang kesusahan beliau sekarang, saya rasa bersemangat kembali kerana walau apa pun orang nak kutuk kata internet marketing ni bukan kerja professional, bukan kerja tetap atau kata golongan internet marketer Malaysia ni semua kaki tipu, yang penting ialah kami dapat juga make a difference dan kami ambil tahu (we care).
Kami, internet marketer di Malaysia bukan sekadar kaki cari untung saja. Ada juga yang prihatin dan ambil tahu tentang keadaan sekeliling seperti nasib sahabat kita ini. Tengoklah saudara Alang, walaupun beliau lebih tertumpu kepada market overseas, beliau tetap prihatin dengan keadaan kawan-kawan IM di Malaysia.
Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
So, marilah kita hulurkan bantuan kepada sahabat kita, Badruzamani:

Akaun Maybank Al – Wadiah bernombor : 1620 2134 2824
Nama pemegang akaun: Badruzamani bin Azmi
Alamat:
Badruzamani Bin Azmi,
1, Lorong Machang 4,
Taman Machang Manis,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Popularity: 20% [?]
Filed Under: Bantulah Mereka • Motivasi Internet • Uncategorized






on
on
Hi kak G, apa khabar? Shueqry here.
Saya sebenarnya sungguh kagum dengan semangat juang bro BadrulZamani. Sejak terlihat dia di Forum WangCyber.com, saya selidiki serba sedikit tentang dirinya..terfikir saya, kalau dia begitu gigih, mengapa tidak saya, sedangkan dia seorang OKU ..
Terharu sunguh dengan kisahnya. Saya dah baca kisah bro BadrulZamani di blog LinnComel,Alang, Mohd Sufian, Ali dan Fai. Insya allah saya juga akan menulis mengenai bro BadrulZamani.. semangat dan usaha gigihnya perlu dicontohi. Teringat kisah OKU dalam buku Chef Li, biar kecil asal berhasil.
Moga diringankan bebannya.
- shueqry -
Kak G,berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Saya doakan agar beliau dirahmati & terus tabah menjalani hidup.Tak pernah saya lihat gambar penuh beliau,tersentuh ni…
Luahan hati dari seorang blogger……
Atas usaha yang telah dilakukan oleh alicyber dari SihatSokmo dan alang, tergeraka hati saya untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan pembaca blog saya yang setia, tentang seorang rakan yang benar-benar memerlukan bantuan kita. Beliau yang saya maksudkan…
assalamualaikum kak G.
Tahniah sebab masih ramai IM malaysia yang prihatin. Buat kita yang sihat dan sempurna ni, takde sebab untuk kita mudah putus asa.
Buat Sdr.badrulZamani, semoga bebanan yang ditanggung akan semakin berkurangan berkat doa dan bantuan rakan2.
Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi bantuan dan prihatin terhadap nasib saudara kita.
Memang betul tu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…
[...] I came across the news on handicapped / physical challenged blogger, Mohd Badruzamani from Alang, Galadriel & Mohd Sufian’s [...]
[...] Blog Kak Galadriel [...]
[...] di atas.Sebelum ini saya hanya mengetahui akan perkembangan saudara Badruzamani melalui blog kak G.Memang tersentuh dengan apa yang di [...]
Alhamdullillah…saya baru dapat online atas pertolongan Sufian yang tidak terhingga untuk membaiki komputer saya. Kalau nak buat sorang, memang tidak berdaya.
Saya amat terharu atas keprihatinan Kak G dan sahabat – sahabat yang lain yang sudi bantu saya.
Tak tahu macam mana nak balas jasa baik semua. Semoga Allah jualah yang dapat membalas jasa baik Kak G dan sahabat yang lain.
Semoga rezeki anda semua juga bertambah hendaknya. Amin…