Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part 5 - Terakhir
Sekarang saya sudah berada di Malaysia setelah tiba dengan train pada jam 9 pagi ke KLSentral semalam. Ingat ke semalam nak tulis di Blog tetapi banyak pula urusan lain selepas lima hari di Singapore dan saya pun agak penat juga. Semasa di Singapore, tak rasa penat sangat sebab teruja dengan WIMS dan seronok bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan. Bila dah balik ke rumah, barulah kepenatan terasa juga, huhu, especially sakit belakang sebab dalam train bukanlah selesa sangat.
Apa yang telah berlaku pada 29 May, Selasa, hari terakhir WIMS?
Pagi tu, untuk ke Expo saya kongsi satu teksi dengan Aurelius Tjin dan Frank Bauer (the next internet Millionaire! Please vote for him!).

Seperti biasa, jam 9 pagi sudah berada di lobi Singapore Expo Hall 2, untuk berkumpul sebelum masuk ke dewan besar. Di dewan, saya duduk berdekatan dengan Azam dan Zul Smartusaha. Dan Zul pula duduk sebelah Ladan Lashkari…

Kali ini memang ramai pula hadir sebab dah last day. Ceramah pertama dimulakan oleh Brett McFall dengan cara-cara networking dalam event seperti WIMS dan WIS. Beliau pula disusuli pula oleh Mark Joyner yang membuka topik tentang asas bisnes, integration marketing dan freedom cycle.
Pada masa break, saya sempat mengambil photo bersama Mark Joyner dan juga mendapat signature beliau pada passport WIMS Simpleology saya.
Ceramah seterusnya ialah dari Mike Filsaime iaitu seorang guru IM yang saya kagumi. Beliau telah membuka berbagai topik tentang kepentingan membina marketing funnel, viral marketing dan kepentingan mencari mentor yang bagus.
Saya juga sempat juga ambil foto dan video Mike Filsaime. Beliau tidak sombong, peramah dan juga sabar melayan karenah peserta yang banyak menanyakan soalan kepadanya, walaupun ceramah sudah tamat dan beliau sudah berada di lobi untuk makan tengahari dan orang ramai berkumpul keliling beliau untuk menanyakan soalan bertubi-tubi.

Pada masa rehat juga saya terserempak sekali lagi dengan Dr. Mani, Kevin Riley dan isterinya Rieko, Ian Del Carmen dan ramai lagi Internet Marketers lain.
John Childers pula berceramah selepas waktu makan tengahari mengenai cara-cara menjadi IM speaker dan kerjaya sebagai seorang penceramah internet marketing. Ceramah last adalah oleh Jay Abraham.
Train kami untuk pulang ke Malaysia adalah pada jam 10 malam. Amirol (usahaniaga.com) rupa-rupanya ada makcik (ibu saudara) di Singapore dan kami diajak untuk makan malam di rumah ibu saudaranya. Memang seronok juga dapat merasakan masakan Melayu Singapore dan kami amat berterima kasih kepada ibu saudara Amirol dan keluarga beliau kerana telah melayan kami dengan sangat baik. Memang banyak makanan dan kuih-muih yang dihidangkan kepada kami semua!
Pada jam 8:00 malam, kami telah ke stesen KTM Tanjong Pagar. Kami menaiki train pada jam 10 malam. Semasa saya, Zul, Hafiz, Najmi, Amirol dan Hariri tengah lepak di gerabak jualan makanan, kami telah terserempak dengan Gobala Krishnan, Edmund Loh, Vince Tan dan Melvin Ng yang kebetulan menaiki train yang sama untuk pulang ke Malaysia. Kami lepak sama-sama sambil bercerita tentang IM dan usik-usik Gobala (heheh
).
Train telah singgah sekejap di Woodlands untuk pemeriksaan passport sebelum meneruskan perjalanan ke JB. Di Johor Bahru, Zul Smartusaha telah turun train dan kami yang lain teruskan perjalanan ke KLSentral.
Malam tu, train telah delay di beberapa tempat dan akhirnya kami telah tiba di KLSentral pada jam 9:00 pagi (sepatutnya kami tiba jan 7 pagi). Di KLSentral, Azam pula telah pulang ke PJ dengan LRT dan saya, Hafiz dan Najmi naik LRT menuju ke arah KLCC. Hafiz terpaksa turun di KLCC kerana dia kena masuk kerja juga pagi tu ( :O ), saya pula turun kat Ampang Park dan Najmi teruskan perjalanan ke Melati.
Dengan pulangnya masing-masing ke rumah ataupun in Hafiz’s case, ke Ofis, maka tamatlah coretan saya mengenai perjalanan kami ke World Internet Mega Summit Singapore 2007.
Semoga anda semua seronok membaca coretan saya ini.
Kak Galadriel
Rumah,
Malaysia.
11:15 am,
31 May 2007.
ps - update kepada Stephen Pierce’s challenge - beliau berjaya mengumpul lebih dari USD100,000++ sepanjang World Internet Mega Summit Singapore.
ps2 - other photos:





Warning: Please do not link directly to my photos because you will eat up my bandwidth and I will know too.
Popularity: 23% [?]



























amirol
| May 31, 2007 | Reply
Kak G,
Thanks untuk support and tips2 yang dikongsikan bersama di Singapore hari tu.
Memang best di sana dan semoga kita berjumpa lagi insyaAllah.
p.s - Kelak kita kakar swk gik owh?
Labanon
| May 31, 2007 | Reply
Tq..
saya memang enjoy coretan akak
Zamri Nanyan
| May 31, 2007 | Reply
Wah! Menarik betul WIS kali ni ye…
Saya nak pegi tapi ada hal… lagipun
3 minggu lepas dah pegi Singapore.
Maybe lain kali boleh pegi sekali.
Zaizen
| May 31, 2007 | Reply
kak G…tercapai juga impian ..congrats!
Sy pn kebetulan x dpt pergi sbb ada hal tertentu. Takpelah, xde rezeki..but, glad to hear all local IM sharing Wims experience on their blog..
Next time..kalau umur pjg, blh jmpa lagi di another WIS
Frank Bauer
| May 31, 2007 | Reply
Wasn’t the event great?
Enjoined meeting all those great people including you.
Best regards,
Frank Bauer
PS: The correct link vote for me is http://FrankBauer.name/blog/110 … thanks for your support.
smartzul
| May 31, 2007 | Reply
Kak G, terima kasih banyak2 dari mula perancangan sehinggalah semasa berada di sana. Begitu banyak yg kak G membantu. Kami adik2 ni, amat menghargainya.
Alamak kak G, abislah ‘orang rumah’ saya marah kalau dia tengok gambar tu. :p
Melvin Ng
| Jun 1, 2007 | Reply
Lyna, Nice pics…how come didn’t have any photo with you? Darn…missed it.
Next time should organize gathering for Malaysian marketers. Was great to be on the same train as you.
I have some pics as well on my blog.
Talk to you soon.
- melvin
Galadriel
| Jun 1, 2007 | Reply
Thanks everyone for commenting on my Blog…
..and thanks to Frank Bauer too!
Yes guys, vote for him, the next internet millionaire … …excellent fellow, very down-to-earth and willing to chat with us common folks …
Hi Melvin,
Yeah I prefer to remain anonymous yet it’s not as easy anymore as some people do recognize me after a couple of internet marketing events…
Zul … don’t worry … hanya gurauan semata-mata.
Zaizen, thanks too for your comment and kalo tak silap ada WIS kat mesia pada hujung tahun ni.
Zamri,
Got your email. Nanti saya email balik.
Labanon,
Terima kasih kerana sudi membaca blog ni. Good luck untuk exams nanti!
Amirol,
Yeah, we had fun kelaka bahasa rahsia. Hope to see you and Hariri at the next event.
Maizul
| Jun 1, 2007 | Reply
Seronok saya baca coretan Kak Galadriel.
Nora M
| Jun 2, 2007 | Reply
Was nice meeting you all kat spore….this time the seminar terlalu ramai orang, memang the biggest, the first one was under 200, cuba bayangkan, n the second one was abt 1000 orang. But definitely this time more fun, cos more people. Now dah return home, terasa kesunyian pulak:)
Salam dari Singapura
Nora (Noraini)
Galadriel
| Jun 2, 2007 | Reply
Hi Nora!
Yes, it was fantastic despite ramai orang dan sesak dan susah cari tempat duduk untuk makan …
…but it was worth it and I’m glad I went …
Well, I hope to go to Singapore again some time later and if you do happen to be in KL, do email me and we can meet up.
Johari
| Jun 4, 2007 | Reply
Emm..seronok tengok akak n other malaysian marketer pg WIMS..misti banyak ilmu yang rakan2 marketer lain dapat masa seminar ni kan..
shueqry
| Jun 12, 2007 | Reply
hi Kak G how r u? shueqry here..
wah,kagum benar ngan kengakawan semua, yang saya kenal dan nampak muka dari Internet saja, Zul, Amirol, Hafiz, Najmi .. i wish i can take a picture with you all satu hari nanti..
saya juga kagum dengan Ladan Lashkari, i’ve read about her a lot.. wonder how she kept her high motivatiton level..
kak G juga, saya kagum sesangat pada komitmen kerja Kak G, insya allah berjumpa juga kita nanti kak.. sungguh banyak yang saja pelajari dari blog Internet Melayu.com ni diperingkat awal kerjaya saya.
Semangat naik untuk lebih gigih lagi ! Thanks kak G, for the info..
- ShueQry -
Nasir
| Jun 18, 2007 | Reply
Jeles ni tengok korang2 jalan2 cuci mata & telinga.. hehe
xpe2, len kali…
btw, i’m very much interested in joining the Global Knowledge Partnership to be held in KL in December this year. it’s not an IM-centric event like WIS, but should be a great networking event for all to learn about the trend in IT etc, ie. the future, not the present… think, this platform will serve as a great avenue for Malaysians (julung2 kali jadi hos this year) to leap forward and ahead, not just trailing behind other great nations on world’s knowledge & technologies et.c