RSS
May 28, 2007 | admin | Comments 2

Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part 4

Sekarang jam 6:50 petang. Hari ni saya balik awal sikit dari WIMS dan tengah lepak sekali lagi di Pacific Coffee. Pagi tadi acara dimulakan dengan maklumat terkini Stephen Pierce’s Feed The Children Challenge. Kali ini jumlah yang telah dikumpul adalah sebanyak US$65,000++. Dahsyat juga ye …

Ceramah dimulakan oleh seorang eBay Powerseller dari Singapore (maaf saya tak ingat nama dia sebab konsentrasi kureng pagi tadi :D ). Tengah kami orang dah teruja mendengar pasal eBay dan beliau pula kata nak tunjuk video, berlaku pula kesilapan teknikal. Video yang cuba ditayang tak nak main-main so akhirnya ceramah tu berakhir di situ saja. :P

Selepas tu pula Brett McFall pula memulakan ceramah tentang: Inside Secret of Making Money While You Sleep. Beliau banyak bercerita tentang salesletter, how to make you website sell dengan contoh bad website dan good website.

zuldanhafiz01.jpg

Zul dan Hafiz sempat lagi beraksi dengan laptop pada masa rehat tengahari walaupun pada hakikatnya (heheh) tak ada sambungan internet pada masa tu … :D

Tengahari pula saya ada hal sikit so tak sempat tengok ceramah Yahoo rep dari Singapore tapi menurut Kak Roy, Yahoo rep tu banyak menceritakan tentang advertising. Saya tak dapat cerita secara lanjut sebab heheh … saya tak sempat dengar.

Tapi saya sempat dengar Ewen Chia pula ceritakan tentang affiliate dan cara nak berjaya dalam affinity marketing, iaitu market product according to your passion. Beliau juga menjelaskan kepentingan back-end product untuk menambahkan lagi sales sesudah para pembeli dah mendapat mood untuk membelanjakan wang. Beliau juga mengajak student beliau untuk memberi testimonial mengenai program coaching beliau. Menarik juga mendengar kejayaan-kejayaan student beliau dalam marketing.

imgurus001.jpg

Dr. Mani (left) and Ewen Chia (right)

Acara terakhir adalah Stephen Pierce tetapi pada masa tu, kami telah pulang semasa time rehat sebab esok pun hari akhir di Singapore dan kami belum lagi ke mana-mana kecuali ke Hotel dan Expo dan tempat-tempat tertentu sahaja seperti stesen KTMB Tanjong Pagar. Huhu … balik awal pun dah jam 5:00 petang dan akhirnya duduk di CC je pun …

Okaylah, bersambung di hari esok?
Tengoklah kalo sempat ke CC sebab esok sekali lagi kena heret beg untuk naik MRT / teksi untuk ke stesen keretapi.

Maaf kalo posting hari ni saya tak cerita detail sangat sebab hari ni kami pun semua macam dah tepu gak dengar sales pitch dan juga info-info tu. Hopefully esok lebih menarik kerana esok adalah giliran Mike Filsaime yang memang saya nanti-nantikan…. :D

Galadriel.
Pacific Coffee
7:20pm
Singapore.

Warning: Please do not link directly to my photos because you will eat up my bandwidth and I will know too.

Popularity: 17% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetUncategorizedWorld Internet Mega Summit

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 2  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. :shock:

  2. Salam kenal.

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: