Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part 3
Selamat malam. Sekarang saya berada sekali lagi di Pacific Coffee dan kali ini ditemani oleh Zul dan Azam. Kami semua telah bawa laptop masing-masing kerana nak check email, blog dan Zul pula tengah nak bina website dalam masa 2 jam sahaja, kerana dia nak guna Armand Morin’s Down and Dirty Internet Secret.


Rasanya Hafiz, Najmi dan Amirol pun ke CC juga tapi di tempat lain. Mungkin mereka pun nak apply Armand Morin’s Down & Dirty Secret … dan tengah nak sorok ‘project’ mereka dari kami. Hmmm… adakah ini bermakna mereka ni tengah challenge masing-masing dengan teknik Down and Dirty tersebut?
heheh … macam suspend je bunyi. Okaylah, baik saya detail perjalanan pada hari ini.
Oh ye, lupa nak cakap, today saya kongsi taxi dengan Tracy Repchuk, the amazing lady who made $96,717.37 in just 5 months after attending the World Internet Summit, Las Vegas September, last year. Tracy adalah wanita yang sempoi je tetapi mempunyai semangat yang tinggi, tidak mudah berputus asa dan rajin berusaha. Beliau juga tidak kedekut ilmu dan saya suka gaya beliau yang sederhana dan relax je.

Kami semua telah masuk ke WIMS pada jam 9:00 pagi.
Acara dimulakan dengan update mengenai Stephen Pierce’s US$100,000 challenge yang saya pernah sebut pada posting:
Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part-2. Rupa-rupanya, sejak pagi ni, Stephen Pierce telah berjaya kumpulkan sebanyak US$30,000++ dalam masa 12 jam. Sekali lagi, ni lah address website tersebut: www.foragreatercause.org.
Beliau juga menceritakan tentang beberapa level dalam internet marketing seperti:
1.) Operational level – apa yang diperlukan untuk bermula? di mana boleh berjaya?
2.) Strategic level – apakah yang diperlukan untuk berjaya?
3.) Tactical level – apa yang perlu dibuat?
4.) Technique – cara yang diguna?
Focus on effort:
1.) Main Effort
2.) Supported Effort
3.) Wasted Effort
Momentum ada 2 jenis:
1.) Action momentum – seperti pelawat mengisi opt-in
2.) Buying momentum – bila pembeli dah beli sesuatu produk dan kemudian terdapat back-end product lain, kemungkinan mereka akan beli back-end tersebut kerana dah ada momentum untuk membeli (buyer’s momentum).
Disclaimer: maaf kalau ada kekurangan pada penjelasan diatas sebab saya pun penat juga ni dan tahulah, bila tengah ambil nota sambil mendengar pagi tadi; time dah balik pun malam dan bila tengok semula nota, saya pun tak dapat nak baca apa saya tulis sebab ada gak macam cakar ayam …

Brett McFall pula telah membuka ruang untuk kami mendengar kisah kejayaan bekas peserta WIS dulu-dulu yang kini telah berjaya dalam bisnes internet mereka. Testimonial pertama ialah dari pasangan Bobby dan isterinya dari Indonesia. Mereka dulu pernah membuat hobby site mengenai (modifikasi kereta) car modification tetapi ditinggalkan begitu saja, Selepas menghadiri WIS, mereka telah meletakkan Adsense dan beberapa program affiliate di site mereka dan berjaya mendapatkan hasil yang lumayan.
Testimonial kedua pula ialah dari Quentin Brown, yang telah didorong oleh anak-anaknya untuk lebih memfokuskan diri dalam internet marketing dan kini telah berjaya hingga dapat berpindah dari Australia ke Thailand bersama keluarganya dan membuat kerja-kerja amal dengan mengajar anak-anak yatim cara membina website.
Selepas tu tiba giliran Mr. Armand Morin pula bercakap. Beliau memang seorang yang terer bagi ceramah dan saya sangat suka dengar cara beliau ceritakan the down and dirty internet marketing secret (heheh), termasuk juga kisah ’sahabat’ beliau, Michael Lee Austin, yang telah berjaya dalam menjual country music beliau melalui teknik internet marketing melalui video poskad.
Yang paling kelakar ialah apabila beliau mendedahkan bahawa … jeng jeng jeng … Michael Lee Austin tu sebenarnya ada persamaan dengan Mr. Armand Morin, malah boleh dikatakan bersaudara. Takpelah, di hujung blog post ni saya akan dedahkan apa rahsia dan hubungan diantara Armand Morin dan Michael Lee Austin.

Selepas lunch David Cavanagh pula telah memberi ceramah tentang teknik marketing dan disusuli pula oleh Tom Hua yang menceritakan tentang eBusiness in a Box.
Maaf saya tak dapat nak jelaskan dengan lebih terperinci sebab CC dah nak tutup pulak dah. Ni kan malam Ahad…
Oh ye, sebelum saya tamatkan posting ini, saya nak bagi tahu bahawa sebenarnya Michael Lee Austin dan Armand Morin adalah orang yang … sama.
ps – huhu, sedap juga mamat tu nyanyi country (western) songs. Tak sangka pulak, ye …
Galadriel
9:25pm
Pacific Coffee, Singapore.
Ahad, 27 May 2007.
Other photos:


Warning: Please do not link directly to my photos because you will eat up my bandwidth and I will know too.
Popularity: 18% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Uncategorized • World Internet Mega Summit






on
on
Hohoho…
Ader secret jugak yer
wah..caya lah…malaysia boleh
[...] Jumpa lagi di lain masa, saya perlu menyiapkan challenge untuk diri saya sendiri sepertimana yang dikatakan oleh Kak G di blognya. [...]
La Armand Morin tu pakai 2 nama ke.
[...] Jika anda ingat, saya pernah bertemu dan berbual dengan beliau semasa World Internet Mega Summit di Singapore dulu: World Internet Mega Summit Singapore Part 3. [...]
Hi Galadriel,
Salam dari Bobby – WIMS
http://www.BobbyLeong.com