Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part 2
Malam tadi (25/05/2007) saya telah hadir di Warriors Forum Meeting di Tingkat 4, Hotel Grand Roxy Mercure bersama Zul, Hafiz, Najmi dan Amirol. Mr. Joseph Then dari Singapore bersama Vince Tan telah menguruskan perjumpaan tersebut. Hampir 50 orang telah hadir termasuk Edmund Loh, Gobala Krishnan, Vince Tan, Joseph Then, Melvin, Ernest, William Tan, Mike Lee, Mo, Jahn, Nora, Shafir, Dee (icyguy), Khai, (yang dari Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore lah) dan sahabat yang lain.


Warriors dari overseas yang saya sempat bertemu adalah seperti James B Allen, Kevin Riley dan isterinya Rieko (Product Creation), Frank Bauer, Andrew Hansen (Niche Marketing on Crack/NEG), Aurelius Tjin, Halille Azami, Ian Del Carmen (Fireball guy), Ladan Lashkari dan sempat juga Brett McFall jengok bilik perjumpaan kami.

Meeting tersebut lebih kepada sesi kenal diri dan juga networking. Meeting telah bermula officially pada jam 8 malam dan terus berlarutan hingga ke jam 10:45malam.
ps- sorry if I forget other names because I’m too tired to remember all of them.
==========================================
26/05/2007.
Sekarang dah jam 9:00 malam. Saya baru je singgah ke CC kerana memang dah janji nak update Blog Internet Melayu dengan perkembangan semasa. Saya gembira juga tengok banyak komen pada Blog ni, tapi sudah tentu korang nak baca apa yang berlaku pada Hari Pertama World Internet Mega Summit kan?
Pagi tadi sempat juga makan brekfes buffet di Hotel tapi saya makan roti dan cornflake je. Saya telah menaiki teksi bersama Kak Roy dan Ladan Lashkari untuk ke Expo Hall 2.
Tiba di sana, saya berjumpa dengan Zul, Hafiz, Bitol, Azam, Amirol dan Hariri. Kami telah bersedia untuk masuk ke General Seating tapi tiba-tiba dapat berita dari ahli Warriors lain bahawa kami yang dari forum tersebut disediakan tempat duduk khas di depan. So saya dapatlah duduk dengan ahli forum Warriors yang lain.

So, seronok dan teruja juga sebab dapat duduk di barisan depan dekat dengan pentas. Dewan Expo penuh betul, rasanya nak dekat 4000++ orang. Saya pun tak pasti sebab dewan agak gelap dan bahagian pentas utama sahaja dinyalakan terang-terang. Ceramah dimulakan dengan Bret McFall dan kemudian Tom Hua. Mereka membawa pengenalan kepada internet marketing, khas untuk mereka newbie.

Bila time lunch dan waktu break, sempat juga saya bertemu dengan Dr Mani (infoprofitz.com), Armand Morin dan ramai lagi internet marketer terkenal yang lain. Mereka agak peramah dan tidak kedekut untuk share pengalaman dan menjawab soalan saya. Saya memang kagum juga kerana mereka ni internet millionaire tapi sabar juga menjawab soalan dan tidak sombong. Saya juga telah bertemu dengan Colin Fu yang merupakan Malaysian yang kini menetap di London dan giat menjalankan IM secara low-profile.

Selepas waktu makan tengahari, giliran Jay Abraham pula memberikan ceramah beliau yang amat berinspirasi. Selepas itu disusuli pula dengan ceramah oleh Mark Joyner tentang kesilapan yang sering melanda internet marketer dan juga masalah yang sering dihadapi. Last sekali, Stephen Pierce pula telah membuka cabaran beliau untuk mendapatkan US$100,000 dalam masa 4 hari sepanjang WIMS.
Jika anda berminat, anda boleh layari sendiri website cabaran Stephen Pierce di:
www.foragreatercause.org
Saya tak tahu macam mana nak menggambarkan suasana di Expo pada masa itu tapi saya hanya dapat berkata bahawa pengalaman hari ini memang amat berharga, peluang untuk networking sangat baik dan saya mengenali ramai rakan seangkatan IM yang dulu saya hanya dapat baca di forum international, atau baca di blog dan website.
Walaupun mula-mula risau juga sebab di Expo susah nak cari makanan – sebab terlalu ramai orang dan keadaan sesak, saya dan rakan-rakan dari Malaysia tetap seronok kerana dapat menghadiri WIMS.
Okay, sekarang pun dah 9:15 malam. Saya kena balik ke Hotel kerana esok pun kena bangun awal pagi. Berjumpa esok pula.
Galadriel.
Pacific Coffee,
Across from Grand Roxy Mercure,
Singapore.
9:15 pm Sabtu.
ps – sorry if the photos are not too clear – my camera just decided to go kaputt on that day …
Warning: Please do not link directly to my photos because you will eat up my bandwidth and I will know too.
Popularity: 15% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Uncategorized • World Internet Mega Summit






on
on
Terima kasih kerana sudi berkongsi Kak G…
semoga dpt ilmu baru pulak dari Kak G..
hehe:)
Wish u luck..
Hohohoho best2
Tentu banyak dapat ilmu baru duduk dekat depan sekali.
[...] update mengenai Stephen Pierce’s US$100,000 challenge yang saya pernah sebut pada posting: Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part-2. Rupa-rupanya, sejak pagi ni, Stephen Pierce telah berjaya kumpulkan sebanyak US$30,000++ dalam [...]