Coretan Perjalanan ke WIMS Singapore Part 1
Apa khabar semua? Galadriel sekarang berada di Singapore, di Pacific Coffee (macam Coffee Bean), sambil minum ice lemon tea dan menaip posting ini di laptop. Sebenarnya saya rasa agak teruja sebab … wow, lajunya internet di sini! Bila saya buka Blog Internet Melayu, memang cepat sekali loading!
Okay, mari saya coretkan perjalanan kami semua dari Malaysia ke Singapore. Pada malam semalam, jam 8 malam, kami telah berkumpul di stesen KLSentral, iaitu Galadriel, Hafiz Bitol, Najmi, Azam, Amirol dan adiknya, Hariri. Kami menaiki tren Senandung Malam pada jam 10 malam.
Perjalanan tren okay juga tapi awal-awal tu agak bising sebab ada satu family yang agaik kecoh juga dengan barang-barang mereka dan anak-anak mereka. Azam dan Najmi juga komplen ada bau wangi dalam tren tersebut. heheh :O

Pada jam 6:20 pagi, kami tiba di Johor Bahru, di mana Zul Smartusaha pula join kami atas train yang sama. Tren kami berhenti di Woodlands untuk proses imigrasi. Pada masa itu juga kami telah pindah ke tempat duduk biasa.

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan tren ke Tanjong Pagar.
Setiba di Tanjong Pagar, kami telah makan di sebuah gerai makanan halal, milik orang Indonesia. Saya memilih nasi lemak dan kopi tarik. Kami semua penat juga sebab satu malam dalam tren bukan dapat melelapkan mata sangat dan tren pun agak bising.

Selepas itu, kami telah berjalan kaki untuk ke stesen MRT Tanjong Pagar, sambil mengheret, menarik atau membawa beg. Hafiz dan Najmi tak bawa beg beroda jadi rasanya mereka paling penat! Nasib baik saya terfikir bawa beg ada roda.
Entah, mungkin sebab tak familiar sangat, kami telah berpusing jauh juga untuk ke MRT Tanjong Pagar. Hari panas terik dan rasa letih jugalah jalan kaki dengan beg. Sempat juga buka peta tapi tahulah, bila dah penat dan panas terik, tengok peta pun macam pinau-pinau je. Tapi tak pe, sebab semua itu pengalaman… heheh.
Setelah puas heret beg, kami tiba di MRT Tanjong Pagar dan kami membeli tiket ke Stesen Eunos untuk ke Changi Hotel. Hafiz, Najmi, Azam, Zul, Amirol dan Hariri akan tinggal di sana sepanjang WIMS ni.
Saya pula telah mengambil teksi untuk ke Grand Mercure Roxy Hotel sebab saya akan menumpang sahabat saya, Kak Rohaya di sana.

Setibanya saya di Roxy Mercure, saya telah menunggu group dari Malaysia datang, termasuk Kak Roy. Pada tengahari tadi, sambil menunggu, saya rasa saya nampak macam bayang-bayang Mark Joyner, tapi tak pasti. Ada gak macam muka familiar kat lobi tapi saya tak berani tegur takut salah orang.
Oh ye, tadi saya sempat jumpa Ladan Lashkari, sebab saya memang dah janji jumpa dia kat lobi Roxy Mercure tengahari tadi. Orangnya cantik juga dan saya pasti Najmi dan Hafiz dan Zul mesti jeles kalo baca tulisan saya ni.
So, selepas jumpa beliau, saya telah pergi across the street dan lepak kat Pacific Coffee.


Okay, sampai di sini saja for now. Jumpa lagi di lain coretan.
Galadriel.
2:23pm.
Pacific Coffee,
Singapore.
Other photos:


Warning: Please do not link directly to my photos because you will eat up my bandwidth and I will know too.
Popularity: 18% [?]
Filed Under: Motivasi Internet • Uncategorized • World Internet Mega Summit






on
on
Huuh, letih tak hilang lagi ni Kak G! Agaknya lepas jumpa Ladan hilanglah kot letih ni…
Hehe jelous2 baca catatan orang merantau ni
Apa2pun semoga selamat berada ditempat orang
Wa syoknya dapat jumpa Ladan Lashkari lagi tu. Kak G nanti update blog kasi berita terkini ye best2 baca.
asmkm Kak G, how r u?
wah.. seronok rasanya dapat gi WIS di singapore, nak juga saya pergi, tapi jauh bah,semenanjung pun saya blum gi lagi..
someday, i will..
owh, this post inspired me a lot.
– shueqry -
lah…lama x jenguk blog kak g, tgk2 dah ada 2 post pasal wims..
Betul la tu mark joyner..mmg x silap..haha. kak g, jgn x promote report..promote..