RSS
May 14, 2007 | admin | Comments 0

Esok Ada Free Gift dan Sambungan Tentang Penulisan Artikel

Weekend baru ni saya rasa kurang sihat sikit sebab tersalah makan kot. Cuaca yang panas sekejap dan hujan sekejap ni pun taklah bagus untuk kesihatan kita. Adakah anda pun rasa kurang sihat? Kalau ye, rasanya kena minum banyak air suam dan jangan keluar sangat dalam cuaca yang sekjap panas terik dan sekejap hujan ribut tu…

Okay, esok saya ada surprise untuk anda semua. Sesuatu yang FREE. Saya tak nak cakap lebih-lebih coz nanti tak jadi surprise.
Jangan lupa jengok blog saya esok!

Mari kita continue dengan diskusi seterusnya…

Selalunya ramai rasa terbuntu nak tulis topik apa untuk artikel mereka. Ni tips untuk memilih topik dan penulisan artikel:

1.) Choose: Pilih topik berkaitan dengan tema blog atau website anda. Kalau blog anda tentang kesihatan mata, antara topik yang anda boleh tulis adalah mengenai: cermin mata, contact lens, pembedahan lasik, penjagaan mata, penyakit mata dan sebagainya. Jangan tiba-tiba tulis tentang Akademi Fantasia pula, kecuali kalau ada kaitan dengan mata, misalnya, ada peserta yang pergi membuat pembedahan lasik ke, dan anda ingin menceritakan persitiwa tersebut.

2.) Research: Kaji tentang topik tersebut di: wikipedia.org, buku encyclopaedia, majalah, suratkhabar atau kedai buku. Saya kadang-kadang suka lepak kat Borders, MPH dan sebagainya untuk membaca tentang topik-topik yang saya tengah research. Gunakan satu hari pada hujung minggu anda untuk ke kedai buku atau library untuk buat research. Bawa satu buku nota kecil untuk tulis point-point penting je. Pastikan anda tak terconteng buku lak! Di Astro pun ada banyak rancangan TV yang menarik tentang berbegai topik seperti medical info, travel info, DIY dan sebagainya. Anda boleh tengok majalah Astro untuk melihat rancangan yang berkenaan dengan niche yang ingin anda ceburi.

3.) Write: Tulis draf artikel dengan langkah-langkah saya sebut posting sebelum ni. Tulis dulu, tak perlu fikir tentang grammar, susunan ayat dan sebagainya. Yang penting ialah kelancaran idea dari minda dan translasinya kepada penulisan.

4.) Revise: Revise balik artikel yang ditulis. Tengok kalau ia berbunyi okay ke tak. Satu cara untuk tahu kalau suatu artikel tu berbunyi okay ke tak ialah dengan membacanya kuat-kuat kepada diri sendiri atau orang lain. Kalau artikel tersebut bunyi lain macam je, membosankan atau tak lojik, perbetulkan balik ayat anda.

Okay, itu saja tips untuk hari ni. Jangan lupa jengok blog saya esok: 15 Mei 2007.
Terima kasih kerana sudi membacanya.

Galadriel.

ps - oh ye, check out this FREE 117 software goodies as well! Click here.

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: PenulisanUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: