RSS
May 03, 2007 | admin | Comments 5

Anda Dah Beli, Baca dan Hadir, So What’s Next?

Saya rasa pada masa ni ramai juga diantara kita yang sudah:

1.) Baca posting di forum dan blog tentang Internet Marketing.
2.) Membeli buku fizikal dan e-book tentang perniagaan di internet.
3.) Hadir ke seminar-seminar tentang bisnes di internet.
4.) Mendengar teleseminar atau MP3 tentang peluang perniagaan online.

Maka, persoalan yang mungkin bermain di minda anda ialah:
what’s next?

Anda dah tahu semua langkah-langkah yang perlu anda laksanakan.
Anda dah melihat dan mendengarnya, dan kini tiba masanya untuk melaksanakannya.

Dan di sini jugalah ramai akan terbuntu. Nak buat duit ada banyak cara:

1.) Menjadi affiliate dan mempromosikan produk orang lain.
2.) Menciptakan e-produk sendiri.
3.) Menjual barangan fizikal di website sendiri atau di Ebay, Lelong.com.my.
4.) Membina website untuk menjanakan pendapatan dari Adsense dan seumpamanya.

…dan banyak lagi cara lain. Tetapi yang penting ialah anda Focus.

Mari saya ceritakan sedikit tentang pengalaman saya. Mula-mula dulu, saya memang excited betul dengan semua peluang yang ada di internet. Semua saya nak cuba - adsense, affiliate, bina produk sendiri, bila macam-macam software, buat grafik sendiri dan bermacam-macam lagi yang saya tak nak disclose di sini. Memang takde focus. Saya cuba jadi jill-of-all-trades (female version of jack-of-all-trades) - know everything for nothing.

Dan hasilnya? Less than a dollar per month. Sebab apa? Sebab tak FOCUS.

Tapi saya tidak berputus asa. Saya tengok balik kesemua bisnes saya di internet. Saya kaji balik. Tengok strategi-strategi saya yang dulu dan cuba baiki satu persatu. Kalau dulu dalam satu hari saya cuba bekerja dengan kesemua website-website saya (masa tu ada 2-3 je), sekarang saya work on one website at a time.

Memang slow, tetapi itulah hakikatnya. Anda harus improve apa yang sudah ada sebelum terjun ke sana ke mari. Kalau dah okay, dah selesai, baru move on to the next thing.

Macam mana saya tahu teknik FOCUS ni berkesan? Sejak saya focus, saya nampak pendapatan dari internet dah steadily naik.
Hampir setiap hari ada sales. Adsense pun semakin naik walaupun tak buat Adsense sangat.
Pagi tadi saya baru dapat a sale sebanyak USD200. Alhamdulillah.

I will not brag berapa jumlah keseluruhan I get each month. Itu tak penting untuk anda. Apa yang Galadriel, Alang, Kidino, Saifulsham, Smartusaha, Bitol Malaysiapal, Shuth, etc dapat setiap bulan tak penting bagi anda.

Yang penting untuk ANDA ialah:
1.) Berapakah pendapatan anda untuk bulan ini dari bisnes internet anda?
2.) Bagaimanakah anda dapat meningkatkan lagi pendapatan tersebut?
3.) Bagaimanakah anda boleh improve lagi website / blog / produk anda?
4.) Apakah kelemahan pada strategi bisnes anda dan bagaimana untuk atasinya?
5.) Adakah anda berjaya memenuhi citarasa pelanggan?
6.) Bagaimana nak menarik lebih ramai lagi pengunjung yang targetted (targetted traffic)?
7.) Adakah anda menggunakan MASA anda effectively atau lebih banyak masa digunakan untuk altiviti yang tidak mendatangkan wang seperti chatting di forum, gossip di telefon dan melayari internet tanpa tujuan tertentu?

Ingat! Anda sudah:

1.) Baca posting di forum dan blog tentang Internet Marketing.
2.) Membeli buku fizikal dan e-book tentang perniagaan di internet.
3.) Hadir ke seminar-seminar tentang bisnes di internet.
4.) Mendengar teleseminar atau MP3 tentang peluang perniagaan online.

Now is the time to take action. DO IT to dapatkan DUIT.

Dan FOCUS. Itu je. Jangan benarkan fikiran anda distracted dengan benda lain.
Tak perlu dengar gossip, bertekak di forum dan membazir masa dengan perkara tak penting.

Set your goal. Plan your work and work your plan.

ps - gunakan organiser seperti yang ada pada Mozilla Sunbird to plan your work.
Kalau tak pun, tulis rancangan mingguan / bulanan dalam buku diary yang berkalendar.

Popularity: 9% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 5  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. salam akak..yang post ni memang 100% saya setuju..sebabnya berlaku pada saya..dan sampai hari ni saya susah nak kikis lagi..

    tapi sedang berusaha la..mulanya..saya fokus pada adsense..siap buat banyak2 blog..lastly tak tau nak tumpu mana satu dan visitor pun terburai begitu sahaja..
    ( pengajarannya..kali ni saya akan tumpu pada 2 blog sahaja utk adsense..pada akal saya ialah visitor..itu sj buat masa ni..alhamdulillah..visitor dah pun meningkat walaupun tak banyak..cuma saya nak dapatkan lebih lagi strategi untuk tarik pengunjung.. )

    keduanya, saya berminat pula pada resell right abg zul smartusaha..terus beli..hehehe..takut terlepas..tapi nampaknya juiwa saya tak mampu nak fokus untuk yang ni..( takpe..simpan jap..saya nak fokus pada adsense dan blog baru ni selama 3 bulan dulu..goal dah ada..jadi nak capai target dulu baru terjun yang satu lagi )

    affiliate? masih tak tergerak hati lagi..cuma letak kat blog sebagai mencatikkan keadaan je..

    yang terbaru,saya join program macam pay per post..ini belum tau lagi..dah pun post..nilainya dari rm1 sampai rm 10..harap2 ada la bayarn tu…

    hehehe..tengok akak..semuanya saya nak buat…lastly pecah kepala otak…hehehehe..

    apapun saya dah mula rancang dan letakkan plan..saya akan kaji setiap bulan ttg plan tu..

    kalo akak sudi..boleh la akak ceritakan pula ttg strategi atau plan tindakan akak pada post seterusnya..

    setakat ni, saya baru dapat plan dari en sham rajaads..terima kasih en sham..

    ps: lagi detail lagi baik..hehehe..( pengembaraan mencari guru )

  2. Satu peringatan yang cukup berguna kepada kami yang newbie ini. Terima Kasih akak.

  3. Kak G, satu benda lain yg amat penting sebelum fokus yg mana kebanyakan orang leka adalah: TINDAKAN.

    Mereka dah tahu semua. Cakaplah apa2 teknik yg power2 atau advance, mereka tahu sebab mereka banyak membaca. Tapi sebab tak bertindak apa yg patut, so mcm mana nak dapat hasilnya. :)

    So bagi yg dah banyak tahu tu, tak memadai hanya tahu, anda perlu bertindak… Mengamalkan 1 perkara adalah lebih baik daripada tahu sejuta perkara. Ia amat berbeza. Cukuplah beli itu dan ini. Stick with one thing to start. Dan tak perlulah tunggu masa anda memiliki super duper formula. Sebab ia tak guna kalau anda hanya simpan sebagai koleksi. ;)

  4. betul tu… klu x fokus pening kepala nak handle semua tu…. tak pasal-pasal semua tak dapat

  5. Hi Kasimo,

    Betul tu. Masalah ramai orang ialah cuba melakukan terlalu banyak benda sekaligus …

    Dan selain masalah kurang tumpuan, ialah masalah malas dan prokrastinasi … suka betangguh-tangguh …

    Juga peringatan kepada saya sendiri. :D

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: