Apakah Web 2.0
Sebelum kita membincangkan Web 2.0, mari kita lihat kegunaan internet pada masa lalu, iaitu 5-10 tahun yang lalu.
Melayari internet pada tahun 1990an dulu bermaksud menaip URL sesebuah website dan terus klik ENTER untuk ke website tersebut. Ataupun mencari sesuatu topik melalui enjin carian dan kemudian klik pada link yang dipapar.
Anda akan terus dibawa pada website berkenaan di mana anda akan membaca maklumat yang dipapar dan memilih sama ada untuk klik ke link lain atau membeli apa yang dipromosikan ataupun sekadar membaca artikel sahaja dan terus tutup browser bila selesai.
Pengguna komputer ==> melayari website ==> baca/lihat ==> tinggalkan website ==> tutup browser.
Itu adalah Web 1.0. Secara ringkas. In layman’s term.
Web 2.0
Istilah Web 2.0 sering kedengaran di internet pada masa kini tapi apakah sebenarnya Web 2.0?
Sebenarnya pakar internet pun tidak dapat memberi istilah yang tepat bagi Web 2.0 kerana kewujudan istilah Web 2.0 itu sendiri bermula SELEPAS kehadiran ciri-ciri Web 2.0 ada pada internet atau WWW (world wide web).
Okay, dalam ertikata seringkas-ringkasnya, ciri-ciri pada Web 2.0 ialah:
1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop.
Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC.
Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Saya tidak akan membincangkan technicalities dalam hal ni, tapi jika anda membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, anda akan dapat melihat aplikasi tersebut
berfungsi secara real-time.
2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo.
3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog,
untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain.
4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.
5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.
6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.
7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Friendster - nak bina Friendster site begitu mudah untuk beginner!
8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.
Can be summed up as:
Pengguna komputer ==> lihat RSS Reader ==> melayari website ==> baca/lihat ==> meletakkan komen / tulis posting / edit kandungan / upload photo ==> lihat / baca komen rakan lain ==> balas komen/posting rakan-rakan ==> tinggalkan website ==> tutup browser.
Okay ciri-ciri web 2.0 diatas bukanlah list sepenuhnya dan sebagaimana yang saya tulis diatas, istilah web 2.0 itu sendiri pun tidak dapat dijelaskan sepenuhnya oleh pakar-pakar internet kerana ia agak luas dan ciri-ciri diatas tidak wujud pada masa yang sama tetapi telah evolve pada jangkamasa yang berlainan.
Malah istilah web 2.0 hanya digunakan sejak 2004, dan ada diantara ciri-ciri diatas sudahpun wujud sebelum istilah itu dicipta. Tapi tak apa, yang penting anda faham maksud web 2.0.
Sekarang pula, dengan wujudnya aplikasi-aplikasi baru pada internet, kebanyakkannya akan dilonggok ke dalam istilah web 2.0. Ini menyebabkan istilah web 2.0 disalahgunakan, terutamanya dalam web marketing, untuk menjelaskan apa saja perkara baru dalam internet, walaupun mungkin ia tidak mengandungi ciri-ciri yang disebut diatas.
Kadang-kala walaupun sesebuah website itu baru, ia masih mengandungi ciri-ciri web 1.0:
Pengguna komputer ===> melayari website ===> baca/lihat ===> tinggalkan website ==> tutup browser.
…dan ada juga website baru jenis ini akan tersalah menggunakan istilah web 2.0 untuk menggambarkan diri mereka,
walaupun sebenarnya ciri-ciri website mereka adalah web 1.0.
Tidak ada sesiapa pun yang mengawasi penggunaan istilah Web 2.0, tetapi ciri-ciri yang ada diatas dapat serba-sedikit memberi gambaran sama ada sesebuah site itu web 2.0 compliant atau tidak.
Mungkin kalau site tersebut dah ada lebih 70% dari ciri-ciri diatas, boleh dikira sebagai web 2.0 site? Kalau 50%, boleh dikira separa-web 2.0?
Yang perlu anda faham sekarang ini, sebagai seorang internet marketer, ialah:
1.) Apakah maksud asas Web 2.0?
2.) Bagaimanakah Web 2.0 dapat membantu dalam menjayakan lagi bisnes internet kita?
3.) Apakah teknik Web 2.0 yang patut digunakan sebagai alat marketing yang efektif?
4.) Apakah yang perlu kita laksanakan untuk mendapatkan targetted traffic dan recurring traffic ke website kita melalui Web 2.0?
5.) Dapatkah Web 2.0 memberi kita converted traffic (visitors become buyers) atau adakah ia akan menjadi distraction (mengalih perhatian) kepada pengunjung?
Tapi buat apa kita nak bergaduh atau bertekak tentang Web 2.0 kan? Bak kata omputih, that is SO 2006…
Sekarang ni pakar-pakar internet pun tengah berbincang tentang Web 3.0.
Adakah Web 3.0 suatu fad? Adakah ia dongengan internet atau realiti virtual yang wujud?
(huhu, dan sesungguhnya salah satu ciri Web 3.0 adalah virtual reality…)
Nanti saya akan bincangkan Web 3.0 pula di lain posting…
Popularity: 52% [?]




























shueqry
| Apr 30, 2007 | Reply
asmkm kak G, how r u..
thanks for the info, very helpful..baru saya tau apa web 2.0 tu sebenornye..
tq
shueqry
naem
| May 1, 2007 | Reply
hehehe..tak sangka permintaan saya telah ditunaikn..
ke memang dalam perancangan..
oh ya..hari ni saya sgt gembira..saya pernah impikan satu hari nak miliki page rank dan hari ni macam tak percaya pula..
2 blog saya dah ada page rank..1 blog animasi dapat pr 4 dan 1 lagi blog kesihatan dapt pr 2..
lepas ni nak target dapat visitor tetap la pula..at least seratus sehari dulu..
bulan 7 ni mesti gapai..
Galadriel
| May 1, 2007 | Reply
Naem,
hehe, Kak G cuba tunaikan sebaik mungkin permintaan pembaca Blog Internet Melayu.
Tak rancang topik tu but it’s a good idea, so saya share the info with korang.
Don’t worry sangat about the PageRank, just write on your blogs, give good info, dan pasti, dengan good unique content, pengunjung akan datang dan dengan tersendirinya PR akan naik.
Shueqry,
Teruskan usahamu! Dengan kegigihan awak, I’m sure awak akan mudah capai kejayaan…
mizi
| May 2, 2007 | Reply
sis G..thank that info..memang baguih :8:)
khairil
| Jun 29, 2007 | Reply
u know what… ur posting ni adalah bahan yang dicari oleh student OUM. Makin naik rank u … grats!
kita
| Nov 7, 2007 | Reply
terima kasih atas inform yang menarik
Rosli
| Jan 12, 2008 | Reply
sekarang company atau syarikat korperat pun sudah kearah Web2.0 untuk menjalankan business mereka. So kita yg berblogging ini sudah mendahului. Blog yg hebat dgn pengisian yg menarik.
ARIE
| Jan 31, 2008 | Reply
THANKS YOU !!FOR IMFORMATION….
adakah web 2.0 ni memberi impak kepada yang bermakna kepada pengguna
kasimo
| Apr 27, 2008 | Reply
baru aku tahu apa tu web 2.0…. ingatkan angka 2.0 tu saja jak diletakkan dalam cover ebook n ebook….
admin
| Apr 30, 2008 | Reply
huhu …
Nak tengok Web 2.0 beraksi? Joinlah Facebook.com.
Ciri-ciri pada Facebook, especially Applications memang menggunakan konsep web 2.0.