Glossari Istilah Internet 001
Saya baru tersedar mungkin ada diantara pengunjung Blog Internet Melayu merasa agak konfius dengan berbagai jenis format untuk penyampaian maklumat di internet.
Dengan itu, saya senaraikan glossari istilah dibawah:
Blog
Daripada perkataan ‘web log’ iaitu sebuah jurnal di internet. Juga dikenali sebagai web journal, online diary, net journal.
Berbeza dengan website biasa, web blog biasanya mengandungi maklumat yang diupdate dengan kerap, mungkin setiap minggu ataupun ada juga setiap hari.
Posting yang ditulis (juga dipanggil artikel) adalah disusun secara kronologi, dengan tarikh terkini menjadi posting utama sesebuah blog apabila ia dilayari.
Blog membenarkan pengunjung meninggalkan komen pada posting tetapi tidak membenarkan pengunjung menulis posting.
Hanya mereka yang diberi kebenaran sebagai admin, author atau contributor boleh menyumbangkan posting.
Pengunjung lain biasanya hanya boleh meninggalkan komen ringkas untuk setiap posting (artikel) yang ditulis.
Biasanya mempunyai RSS Feed untuk memudahkan pembaca tahu bila blog tersebut diupdate dengan maklumat baru.
Contoh: www.gobalakrishnan.com, www.saifulsham.com
Forum
Forum di sini bermaksud internet forum dan juga dikenali ramai sebagai: net forum, web forum, message board, discussion board, (electronic) discussion group, discussion forum, bulletin board.
Internet forum menggunakan skrip yang membolehkan pengunjung mendaftar diri dan membuat posting untuk membincangkan sesuatu topik atau agenda.
Berbeza dengan blog, sesiapa saja boleh membuka topik (juga dipanggil post, posting, thread) di forum asalkan mereka mendaftar sebagai ahli forum.
Net forum biasanya dikendalikan oleh Moderator dan juga Administrator forum.
Contoh forum: www.wangcyber.com/forum
Homepage
Mukasurat utama pada setiap website.
Juga dikenali sebagai main page, main webpage, webserver directory index (index.html).
Seperti kulit sesebuah buku, homepage biasanya memberi tajuk tentang apa yang ada pada website tersebut dan makulmat tentang website. Link-links pada homepage biasanya membawa pengunjung ke webpage-webpage di dalamnya.
Dalam istilah negara-negara tertentu (Germany, Japan, and Korea), homepage juga boleh merujuk kepada keseluruhan website.
Webpage
Juga dipanggil web document.
Mukasurat pada sesebuah website dan biasanya ditulis dalam bentuk HTML atau XHTML. Jika website diumpamakan seperti sebuah buku, webpage adalah mukasurat pada sesebuah website.
Web Directory
Memberi listing website-website di internet berdasarkan kategori dan sub-kategori.
Contoh: www.dmoz.org dan www.szab.net.
Jangan dikonfiuskan dengan search engine directory, iaitu direktori berdasarkan keywords dan algoritma programming tertentu seperti Google, Yahoo dan MSN.
Website / Laman Web
Koleksi keseluruhan webpage-webpage dan maklumat lain (gambar, audio, video, dan sebagainya) yang dipaparkan kepada pengunjung melalui apa yang kelihatan seperti satu web server.
Kesemua webpage pada website yang sama akan mempunyai URL asas (nama domain) yang sama seperti:
http://www.contoh.com/
http://www.contoh.com/artikel1/
http://www.contoh.com/artikel1/subartikel1
Istilah ini mungkin agak longgar kerana ada juga syarikat-syarikat yang mempunyai lain-lain nama domain untuk department dan servis yang berbeza walaupun dalam syarikat yang sama.
Okay, setakat ini saja glossari istilah buat masa ni. Nanti saya akan tambah lagi pada masa akan datang.
ps - saya menulis posting ni kerana telah menyedari bahawa ramai juga orang yang masih konfius tentang istilah-istilah yang digunakan di internet. Kekeliruan ini dapat dikenalpasti melalui perbincangan dengan orang awam (yang tidak terlibat dengan bisnes internet), pengguna komputer kasual (casual internet users), malah juga di kalangan pengguna-pengguna yang kerap menggunakan internet.
ps2- pelik juga memandangkan terdapat 13,528,200 pengguna internet di Malaysia sekarang! (click here for reference of internet users in Asia)
ps3 - mungkin ramai terkeliru kerana istilah-istilah tersebut boleh bertukar makna dan istilah baru sentiasa akan muncul…
Baca juga: Jangan buat bisnes di internet kalau….
Popularity: 23% [?]



























admin
| Apr 26, 2007 | Reply
Testing the new SPAM KARMA 2.3rc2
naem
| Apr 30, 2007 | Reply
bukan apa kak galadriel..yang diorang tu pengguna tegar untk myspace dan friendster je..
hehehe..so tentula mengelabah bila ditanya benda macam ni..saya pun macam tu jugak dulu..
memang minat hal2 komputer ni..tapi bukan dari segi hardware la..
maklumla..tak pernah memernah mendalami ilmu internet..
yang tau masa tu cuma emel je..friendster lagi la jauh nak tau..memang kuno masa tu saya ni..( orang lain dah maju la )
hehehe..skang..bukannya masa utk saya berada di belakang lagi..walaupun newbies..tapi sekurang2nya dah satu langkah kehadapan saya ni dlm dunia internet berbanding sebelumnya..
oh ya..akak galadriel..saya nak cadangkan akak buat post tentang web 2.0 pula..
saya tengok tag cloud di technorati dah besarkan tag ni..bagus jugak jika diperbincangkan dan diperhalusi strateginya..
admin
| Apr 30, 2007 | Reply
[quote=naem]oh ya..akak galadriel..saya nak cadangkan akak buat post tentang web 2.0 pula…[/quote]
huhu … as you wish.