Jangan Buat Bisnes di Internet …
Adakah anda terkejut dengan tajuk Kak G kali ni? Sebenarnya membuat perniagaan di internet seperti sudah menjadi trend pula di Malaysia kerana semakin banyak blog dan website yang menceritakan tentang pemasaran dan perniagaan internet dan mempromosikan berbagai jenis produk seperti e-book dan software tentang menjanakan pendapatan online.
Jangan buat bisnes di internet jika:
1.) Anda tidak berminat menggunakan komputer dan tidak suka memandang skrin monitor lama-lama.
Permulaan setiap perniagaan, sama ada online meskipun offline akan memerlukan komitmen anda untuk praktis menggunakan peralatan yang akan membantu anda menjalankan perniagaan. Ini bermakna, jika anda ingin berniaga secara online, anda haruslah rajin menggunakan komputer kerana anda memerlukannya untuk membina website, menulis salesletter, menulis e-book, membaca email, menulis email, melihat statistik website/blog dan sebagainya.

2.) Anda tidak mampu mendisiplinkan diri untuk bekerja tanpa Boss.
Berniaga secara online (terutamanya bagi yang ingin membuatnya full-time) akan memerlukan disiplin yang tinggi. Amat mudah sekali untuk individu menjadi lalai dan malas untuk membuat kerja di komputer, apatah lagi kalau rumah mempunyai Astro dan terdapat rancangan menarik di TV seperti Akademi Fantasia, American Idol, bola dan Formula One seperti sekarang ni. Bukan nak melarang melihat TV tapi jika anda menonton siaran bola sampai jam 5 pagi, pukul berapa pula anda akan bangun untuk kemaskinikan website dan menjawab email pelanggan kan?
Bagi yang wanita pula, rancangan TV yang menarik pada waktu pagi dan petang termasuk drama-drama pada waktu malam juga boleh mengalihkan perhatian terhadap bisnes internet anda.
Ada juga, bila dah tak ada boss, masa itulah dia akan bangun tidur lewat dan menghabiskan masa bersiar-siar di luar atau bergayut di telefon seharian dan semalaman atau chatting di YM / skype 24 jam…
(huhu … saya pun sering mengalami masalah mendisiplinkan diri dan insyaAllah telah cuba mengatasinya dengan menetapkan jadual / dateline unruk projek-projek saya. InsyaAllah.)
3.) Enggan mempelajari ilmu baru dan tidak suka membaca.
Membaca dan amalan continuous learning adalah penting untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, apatah lagi bidang yang agak luas dan mendalam seperti internet marketing and business. Topik internet marketing yang merangkumi web building, product creation, traffic generation, affiliate promotion, google adsense, google adwords, search engine optimization, copywriting, article writing, bum marketing, viral marketing dan bermacam-macam jenis topik utama, sub-topik dan sub-sub-topik akan memerlukan anda tekun untuk belajar perkara baru dan open-minded terhadap ilmu yang diajar.
Ingat! Teknik marketing yang berjaya pada hari ini mungkin tidak berkesan 5-6 bulan akan datang. Malah sekarang ni, ada teknik hanya berkesan untuk 2-3 bulan sahaja sebelum ia menjadi tepu dan basi sebab semua orang sudah menggunakannya dalam perniagaan mereka.
Okay, di atas adalah 3 perkara yang harus difikir sebelum anda menceburi bidang ini dan boleh diaplikasikan untuk apa-apa bidang yang lain juga. Ada banyak lagi point-point lain, terutamanya dari segi modal dan minat (baca di sini: Internet Business: For Love or Money). Kata orang tua-tua, tepuk dada tanya selera …
Oh ye, saya baru je balik dari bertemu dengan sahabat lama saya, Mek Su (you know who you are!).
Kak G juga nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mek Su dan Germay pada 29 April nanti…

Popularity: 13% [?]
























on 


SmartZuL
| Apr 13, 2007 | Reply
Saya suka perkara no. 3 tu kak G. Susah nak cakap benda tu. Ulang banyak kali pun, ramai yang nak cepat, tak nak belajar, tak tau sabar, nak beli buku pun fikir 10 kali (yg ada duit la), tak ikut panduan yang kita bagi (suruh buat A dulu, pergi buat C, mcm mana xder prob)…
Perkara teknikal bagi saya perkara paling penting selepas asas-asas ebiz. Ramai yg tak dapat mula sebab stuck dengan asas komputer dan internet. So, jangan buat ebiz kalau malas dan tak nak belajar hal-hal berkaitan komputer dan internet.
Galadriel
| Apr 13, 2007 | Reply
Betul tu Zul!
Membaca adalah perkara yang orang Melayu paling malas nak buat.
Cubalah tengok dalam bas atau LRT atau keretapi. Kalau bangsa lain, diorang sibuk membaca suratkhabar atau ada saja bawa buku untuk dibaca.
Orang kita pula selalunya termenung, tertidur atau jengok-jengok tengok awek cun / jejaka hensem.
Kak G
Maizul
| Apr 13, 2007 | Reply
Bagus artikel kak G ni. Paling kurang pun mesti ada minat nak gunakan komputer. kalau tidak jangan….
mizi
| Apr 17, 2007 | Reply
Sis G…saya suka relate no.2 tu…disiplin = komitmen…kalau tadak ni buat apa pun tak jadi..
jejaka
| Apr 18, 2007 | Reply
erm betul tu…mmg sy sokong n itulah yg sebaik2nya…erm kucing tu cute la… kucing kak g tu blh jual kat sy x..sy nk beli lah ekekekeke!!!
wan
| Apr 19, 2007 | Reply
Bagus info yang ini, sebelum saya ada research sket2 pasal benda ni tapi bila dah baca yang ini, rasanya memang antara yang mampu menjawab persoalan saya selama ini..Thanks
admin
| Apr 21, 2007 | Reply
Terima kasih untuk sokongan anda semua.
Kak G akan cuba tulis lagi artikel-artikel untuk faedah kita bersama.
Wassalam.