RSS
March 30, 2007 | admin | Comments 7

Time Management Untuk Bisnes Internet Anda

Kali ini saya akan membawa satu topik yang tidak terlalu teknikal iaitu mengenai perancangan masa untuk perniagaan internet anda.

MASA ITU EMAS…

Ungkapan di atas sering dilaung-laungkan dalam TV, suratkhabar dan oleh orang ramai. Masa adalah teramat penting bagi anda yang sedang menjalankan bisnes online, tak kira sama ada anda buat sepenuh masa (full-time) atau separuh masa (part-time).

Malah jika anda sedang menjalankan bisnes anda part-time, memang lagi pentinglah jika anda pandai MERANCANG masa, MENGATUR aktiviti dan pastikan anda MENGIKUT jadual yang anda tetapkan itu.

Okay, saya jenis orang yang suka benda praktikal, so mari kita lihat tools percuma dari internet yang boleh membantu kita merancang masa dan aktiviti bisnes kita.

Adakah anda mempunyai kalendar pada PC atau laptop anda? Kalau anda mempunyai akaun Yahoo Mail, GMail dan sebagainya, memang anda akan mendapat kalendar sebagai salah satu features pada akaun email anda.

Saya sebenarnya lebih suka gunakan kalendar yang boleh diakses online dan offline, seperti Mozilla Sunbird. Ini adalah kerana kadang-kadang laptop saya tidak dipasangkan kepada internet dan jika kalendar tersebut hanya terdapat pada email, saya tidak akan dapat aksesnya ketika offline. Anda boleh download Mozilla Sunbird di sini.

Anda boleh juga guna software kalendar yang lain, bergantung kepada apa yang anda suka dan mudah untuk anda gunakan.

Cuba rancangkan kerja anda untuk setiap minggu, atau lebih baik, setiap bulan. Dalam kalendar, masukkan EVENT terbaru untuk masa hadapan, setkan Alarm / Reminder pada kalendar kalau ia amat penting.

Dalam bisnes internet, perkara anda boleh rancangkan ialah seperti:

1.) Tarikh dateline untuk menyiapkan sesuatu produk seperti e-book, report atau software.

2.) Tarikh dateline untuk launch website (salesletter).

3.) Tarikh dateline untuk outsourcing (jika ada), seperti outsource untuk grafik, software-production.

4.) Reminder untuk teleseminar, product launch oleh orang lain, seminar di luar, appointment dengan clients.

5.) Perkara-perkara lain seperti menulis email autoresponder, menulis artikel di blog, directory submission, membayar affiliate, menghantar produk ke pelanggan, email ke pelanggan, telefon pelanggan, email ke supplier, membayar bill elektrik dan Streamyx…

6.) Reminder untuk collect check dari Google, CJ atau apa-apa dari peti surat rumah anda … ;)

Jika anda merancang masa anda dengan baik, anda akan merasa lebih lega dan boleh lihat aktiviti mana yang paling penting dan kritikal dan harus dilaksanakan terlebih dahulu, aktiviti mana yang tidak terlalu kritikal dan aktiviti mana yang boleh ditangguhkan ke lain waktu.

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 7  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. hi, shueqry di sini..kekadang krja sendiri ni sampai tak cukup masa, dalam kes saya, dateline yang saya letak pada sesuatu kerja spt oursource, karang sales letter, edit, check spelling dan menaip kekadang lari “timimg”..

    pulak tu, orang ruma saya ni minta tolong buat kerja rumah itu ini, minta buat begitu begini, kekadang keluar kejap dari rumah nak beli kuih pisang goreng, then bila balik pc dah kena pakai oleh kengkawan utk main games atau bukak website yang “bukan-bukan”..uwaaa! saya nak buat keja! (kata saya dalam hati) sebab tu la banyak kerja saya tertangguh, yelah dah menyewa ramai-ramai dalam rumah bujang..kena tolong menolong..

    ..anyway, info dari kak Galadriel memang very helpful, saya akan download Mozila Sunbird kemudian..thanks for sharing this info.. tq ! :-)

  2. hye kak Galadriel.. website ni xnak letak favicon ke? tau x ape? kalo nak leh je bg plugin wordpress kat kak Galadriel.. baru cun skit huhuh

  3. My dear Manchurr …

    Bukan tak nak letak Favicon but … TIME …

    I have 10 other sites and saya kena rotate which ones to work on and for me, yang penting are the sales… hehe… not really the looks …

    Too many things to work on right now and minor details that don’t add money can wait …

    Read:
    http://www.internetmelayu.com/blog/2006/10/07/website-cantik-vs-website-biasa/

  4. huhu orait.. i got your point!

  5. Galadriel, that is true..time management is very very important! Buka sahaja dalam apa jua perniagaan tapi juga dalam kehidupan seharian. Tapi kadang2 kak mariam terkehel juga due to unforseen circumstances, yang sometimes datang bertimpa2, jadual lari le…

  6. Hello Kak Maryam!

    Nice to see you here! Macam lama lak tak baca komen dari Kak Yam!

    Manchurr … dengar kerja kat Putrajaya ye, now?

  7. Great that you talk about Time Management. Since I have an ecourse/book on Time Management as well. Simply put, can do it this way:

    1) Determine what needs to be done
    2) Make a To Do List
    3) Prioritize your list
    4) Schedule it into your calendar
    5) Just Do It!

    Adios!
    Shafir Ahmad

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: