Tentang Video Dalam Website dan Web Effect Ajaib
Sekarang ni banyak dinyatakan tentang penggunaan video di website. Diantara contoh penggunaan video yang pernah saya nyatakan pada posting terdahulu ialah:
1.) Teknik Promosi: Menunjukkan cara penggunaan dan ciri-ciri pada sesuatu software, sebagaimana yang terdapat pada Video XSitePro.
2.) Teknik Promosi: Memberi gambaran tentang apa yang ada pada sesuatu website, seperti menunjuk isi kandungan sesebuah members site. Contoh: Video Jason Moffat on Rich Jerk Evolution.
3.) Video Sebagai Produk: Menunjukkan cara penggunaan produk atau cara melaksanakan sesuatu perkara seperti video tentang cara membuat rakaman video dan meletakkan video di website. Contoh: Jason James Audio Video Riches.
Walau bagaimanapun, video hanyalah satu media penyampaian. Untuk menggunakan video sebagai teknik promosi yang berkesan, ia harus digandingkan dengan media lain seperti:
1.) Digunakan bersama salesletter, untuk mengukuhkan lagi fakta-fakta dalam salesletter tersebut dan sebagai contoh visual bagi penggunaan sesuatu produk atau servis.
2.) Sebagai bahan tambahan dalam sesuatu report atau e-book untuk memudahkan lagi pengguna faham sesuatu konsep atau tutorial yang diajar. Contoh: Sebuah e-book tentang memasang PC sendiri akan kelihatan lebih profesional dan mantap jika disertakan video tutorial tentang pemasangan PC sebagai bahan sokongan. Contoh lain: Pembeli e-book tentang destinasi percutian di Hawaii akan lebih teruja jika disertakan video pemandangan indah Hawaii dan destinasi pelancongan yang harus dikunjungi.
Satu video tutorial yang saya telah dapatkan ialah tentang web effect ajaib seperti yang terdapat dalam tutorial Total Web Video. Jika anda lihat pada salesletternya, web effect ajaib ini memang kelihatan ‘cool’, apatah lagi bila kita dapat mempelajari teknik-teknik untuk membina special effects sebegitu.
Tutorial pada Total Web Video terbahagi kepada 8 tutorial yang merangkumi topik pemilihan kamera, mikrofon, kesan cahaya, perisian yang diperlukan, cara membuat special effects dan lain-lain.
Tutorial ini tidak terlalu teknikal malah cara penyampaian yang agak selamba oleh Mr. Josh Anderson membuat tutorial ini agak user-friendly dan mudah difahami. Of course, tutorial ini merangkumi video, audio, file PDF dan juga online manual. Tutorial pada bahagian kesan cahaya (lighting) adalah antara tutorial video yang agak kelakar tetapi penting kerana Josh menunjukkan cara-cara pembinaan lampu studio untuk penggambaran video dengan bahan-bahan dari hardware store seperti paip PVC.
Sebagai rumusan, gunakanlah video secara berpada-pada pada site anda. Pastikan ia membawa manfaat kepada penonton seperti menunjukkan sesuatu teknik, penggunaan software atau sebagai bahan sokongan suatu e-book atau report.
Yang penting ialah video tersebut cepat loading, tidak membosankan dan berjaya menyampaikan maklumat atau mesej yang diberi.
ps - kalau nak lihat contoh harga yang biasanya dibayar untuk special effects pada website, sila ke: www.livefaceonweb.com
Popularity: 30% [?]
























on 


zaizen
| Mar 25, 2007 | Reply
Wohoo..this great stuff yg ku cari selama ini. I will apply on my website soon!
Thanks kak galadriel for the info.
Galadriel
| Mar 25, 2007 | Reply
Huhu…
Akak nak tunggu pindah rumah dulu baru try ni.
Kalo dapat convert satu bilik / ruang jadi studio best gak.
Teknik video effect ni tak complicated once kita tahu rahsianya.
zaizen
| Mar 25, 2007 | Reply
Lah, smpai nak pindah rumah ke?..sy rasa la kan..buat recording kat small room blh aje kan..or, got a rent some space..haha..
Bagus product ni, murah sgt… want to be a first la kat market wat camni..haha..sy suka yg audio mixing tu..nampak funky and cool..
Galadriel
| Mar 25, 2007 | Reply
huhu … tak, memang nak pindah rumah pun. Tunggu CF je.
cikgu azleen
| Mar 27, 2007 | Reply
agaknya saya pun patut guna video kat blog http://www.explorejohor.com utk bagi orang feel camne satu-satu tempat tuh.. TQ for the idea..
admin
| Mar 30, 2007 | Reply
Boleh jugak tu Cikgu Azleen…
shueqry
| Mar 30, 2007 | Reply
hi kak Galaderiel, pekabar?
good info..tetiba timbul idea, bila baca post pasal video ni..thanks
rendra
| May 18, 2007 | Reply
pake bahasa melayu/indonesia aja
fairuz
| Oct 25, 2007 | Reply
bagus…mmg bagus. Even kita bleh webcam utk rakaman. Kalau nak upload, ramai pilih menggunakan Flash. Saya baru perasan, nanacast.com menggunakan software dari easywebvideo untuk upload. Jika anda berminat dengan software tersebut, anda boleh dapatkan melalui saya dengan harga yang lebih murah. Atau anda boleh dapatkan di
http://www.easywebvideo.com/
Walau sebesar mana pun file tersebut, tiada process buffer semasa loading and it was loaded with realtime buffer.