RSS
February 15, 2007 | admin | Comments 0

Ulasan Live Seminar Rich Schefren

Baru-baru ni saya telah mendapat peluang untuk menonton Live Video Rich Schefren yang bertajuk: From StartUp to Freedom.

Saya memang mengikuti perkembangan Rich Schefren ni sejak beliau keluarkan Internet Business Manifesto (2005) dan Internet Business Manifesto: The Missing Chapter yang memang merupakan diantara report-report percuma kegemaran saya hingga sekarang. Malah wallpaper mereka yang bertajuk: Your Business Model Sucks pun dijadikan wallpaper laptop saya bagi mengingati kata-kata beliau.

Kali ini saya tak dapat nak letakkan video tersebut di blog ini kerana terdapat kod dan url khas untuk menontonnya yang hanya diberi pada mereka yang subscribe pada Website Strategic Profits. Tapi saya masih boleh memberi rumusan di sini.

Seminar From StartUp to Freedom berlangsung selama 1 jam 53 minit dan dimulakan dengan pengenalan oleh Mike Filsaime (dari ButterFly Marketing). Rich Schefren kemudian memulakan ceramah dengan pengenalan kepada prinsip-prinsip asas Internet Business Manifesto, iaitu mengapa anda patut mengatur strategi untuk bisnes internet anda, walaupun bisnes anda baru bermula.

Saya tak dapat nak 100% ceritakan apa yang saya tengok dan dengar pada video seminar tersebut kerana terlalu banyak maklumat, tapi ini adalah isi-isi penting yang saya dapati:

1.) Aturkan strategi bisnes anda dari awal kerana jika anda menghadapi masalah kecil ketika perniagaan anda masih kecil, masalah tersebut akan berlipat-ganda bila bisnes anda makin berkembang.

2.) Hapuskan semua aktiviti yang remeh seperti membaca email dan berborak-borak dengan kawan-kawan. Fokus pada perkara yang penting.

3.) Hargai masa dan pastikan setiap jam anda luangkan pada bisnes anda adalah productive time. Productive time adalah masa yang boleh mendatangkan keuntungan, bukan masa yang terluang pada aktiviti-aktiviti remeh. Masa = duit.

4.) Kenali perniagaan anda sekarang anda berada di tahap mana:
a.) Adakah anda masih diperingkat permulaan perniagaan? Iaitu di mana anda harus fokus kepada keuntungan dan pembangunan diri dan bisnes baru hendak membangun.
b.) Ataupun anda sudah di peringkat di mana bisnes anda telah menjanakan pendapatan yang stabil dan anda perlu fokus kepada membangunkan business anda melalui pembinaan business team anda dan perkembangan lebih agresif.
Ramai masih di peringkat a.) lagi tapi jika anda pandai mengatur strategi, bisnes anda boleh berkembang untuk mencapai tahap b.).

5.) Jangan fikirkan anda boleh lakukan semuanya sendiri. Hapuskan mentaliti sebagai pekerja / employee tapi mula berfikir seperti seorang usahawan. Out-source dan delegate semua tugas-tugas tidak penting seperti menjawab email pelanggan dan sebagainya. Anda harus fokus pada pembinaan bisnes anda dan penjanaan pendapatan.

6.) Anda harus ada big-picture tentang arah dan tujuan perniagaan internet anda. Adakah ia hanya untuk suka-suka dan menampung perbelanjaan sahaja atau adakah anda berminat untuk membawa ia ke the next level dan menjadikan ia sebuah syarikat yang berjaya.

Video ini sebenarnya banyak memberi tips-tips perniagaan internet yang bagus.

Anda boleh menontonnya sekarang jika anda mendaftar diri di:
Website Strategic Profits

ps - pastikan anda install RealPlayer untuk menonton video tersebut. Download RealPlayer di sini.

ps2 - anda boleh tengokvideo pertama Rich Schefren di sini. (2006)

Popularity: 23% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Seminar IMTeleseminarTips Bisnes InternetUlasan Rich SchefrenUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: