RSS
January 28, 2007 | admin | Comments 3

Internet Business: For Love or Money?

Ye, anda melibatkan diri dalam perniagaan internet ini kerana wang atau minat? Jawapan pada soalan tu, anda sendiri yang tahu, kan?

Biar saya keluar dulu dari topik perbualan di atas.

Semalam, saya telah menghadiri satu acara MLM selepas diajak oleh seorang kawan. Saya memang dah try produk tersebut (macam supplement lah) dan ia okay juga, dapat membantu menghilangkan rasa penat dan letih bila dah berada dihadapan komputer siang dan malam … dan saya memang guna internet lebih 40 jam seminggu. Ceramah yang diberi disampaikan oleh beberapa orang, ada yang menarik, ada yang kurang menarik - biasalah tu.

Ceramah tu bermula dari tengahari hingga ke lewat petang. Saya mendengarlah beberapa testimonial dari mereka yang berjaya, ada yang dapat beribu-ribu lemon sebulan, dengan hanya membuka mulut untuk promosikan produk tersebut.

Dah 3 jam ceramah dijalankan, tiba-tiba saya dapat satu inspirasi. Saya bertanya pada diri saya, kenapa saya buat perniagaan dan pemasaran internet?

Orang lain hanya perlu buka mulut dah dapat buat beribu-ribu durian, tak perlu susah payah belajar HTML, FTP, install script, pasang autoresponder, pasang affiliate program, karang salesletter, design website, outsource untuk benda-benda lain …

Dalam saya memikirkan soalan cepu emas tu, saya sempat melihat beberapa orang naik ke pentas untuk terima anugerah kerana membuat jualan terbaik, dan mendengar kata-kata nasihat nasihat dari mereka untuk sentiasa keluar dan mencari prospek dan sebagainya.

Saya pun mula sedar kenapa saya suka buat perniagaan di internet. Kenapa saya suka jual produk digital seperti software atau skrip, e-book atau promosikan produk affiliate orang lain. Sebenarnya, saya malas dan tak suka keluar dari rumah.

Saya lagi suka duduk depan PC atau laptop saya. Bukannya anti-sosial ;) tapi lebih selesa Skype, YM atau email pelanggan dari jumpa face-to-face. Saya juga suka benda kreatif, macam design website sendiri, tulis e-book dan sebagainya. Bagi saya, my internet business is not just about money, but also because of love, passion and satisfaction (cewah!).

Memang saya akui, sometimes saya frust bila Streamyx slow, bila file corrupted tengah upload atau suatu kempen kurang menjadi (dan bila Paypal limit akaun saya!), tapi itu part and parcel of all businesses… tak kira online atau offline.

So, there I was, tengah duduk dengar ceramah MLM tapi hati saya tengah fikir benda lain…

Nak tahu apa saya buat selepas tu? Tengah-tengah orang berceramah, dengan lebih seribu orang kot kat dewan tu, saya blah.

Saya keluar je, heheh, konon nak ke tandas, tapi terus turun lift ke shopping center. Huhu, bukan nak banggakan diri, (I am not proud of what I did), tapi tiba-tiba saya rasa di situ bukan tempat saya.

Actually, kalau saya tak ke situ, saya dah berada di seminar Saifulsham sebab memang sebelum tu saya cakap saya nak jengok sekejap ceramah Saifulsham kat Berjaya Times pagi semalam, tapi sebab pergi ke ceramah tu, tak sempatlah. :(

Saya pun pergi ke satu bahagian shopping center yang paling saya gemari - tempat IT. Sempat tengok games, beli USB flashdrive Kingston 4Gb untuk menggantikan flashdrive tipu dulu tu (baca kisah flashdrive tipu, klik di sini) dan juga angkut surge protector berjenama Belkin.

Surge protector Belkin ni boleh protect PC, modem dan peralatan elektoronik dan elektrik dari kena power surge akibat ribut kilat dan apa-apa electrical fluctuations. Saya beli Belkin sebab ia adalah diantara model terbaik untuk surge protection. Model Belkin saya beli ialah Gold Series, SurgeMaster, 8-socket, 4 meter extended power cable, with DSL Broadband & Aerial Cable Protection. Harga lebih kurang RM200.

What can I say? Maybe saya seorang nerd, techno-freak or IT-chick, tapi saya tak kisah. Walaupun bukan instant kekayaan, tapi this is my passion.

Mungkin orang lain lebih selesa buat duit cara mereka, tapi inilah cara saya. Apa-apa cara pun nak buat wang, yang penting ia halal dan anda akan sanggup bekerja keras untuknya.

Internet business - for love or money? Tepuk dada, tanya selera.

Popularity: 19% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Motivasi InternetPenulisanTips Bisnes InternetUlasan HardwareUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSComments: 2  |  Post a Comment  |  Trackback URL

  1. wah.. sy memang amat tertarik dgn kisah hidup anda! Hm… ada ym? jom kita sembang2… sembang2 ilmu. :) su ni budak baru belajar. sy ni dok menuntu ilmu dgn adly aka labanon. dia yg bangkit kan smgt sy… :) hm… boleh bantu sy? ni id ym sy: mohdhanis_jaludin

  2. Please contact saya di wangcyber.

    YM tu untuk suami dan family je. ;)

Trackbacks: 1  |  Trackback URL

  1. From Blog Internet Melayu » Modal Yang Diperlukan Untuk Bisnes di Internet UNITED STATES on Mar 8, 2007

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: