Wordpress 2.1 Ella Sudah Dilancarkan
A’kum dan selamat pagi kepada pembaca setia Blog Internet Melayu.
Rasanya baru je semalam saya pergi upgrade ke 2.07, nampaknya Wordpress 2.1 Ella dah dikeluarkan.
Anda boleh download Wordpress 2.1 Ella di sini.
Ia dinamakan Wordpress Ella sempena nama seorang penyanyi, er… bukan Ratu Rock Malaysia Ella kita tu, tapi Ella Fitzgerald, seorang vokalis Jazz.
Terdapat banyak fungsi pada Wordpress 2.1 Ella seperti:
1.) Autosave supaya posting anda takkan hilang terus kalau tersilap tekan.
2.) Editor bertab yang membolehkan anda beralih dari WYSIWYG editor ke kod editor dengan mudah.
3.) Membolehkan blog Wordpress anda menjadi CMS (content management system) yang berkesan…
4.) Upload manager terbaru membolehkan anda upload gambar, video dan audio dengan pantas dan mudah.
Okay, saya senaraikan sebahagian sahaja fungsi Wordpress 2.1 Ella kerana anda boleh membaca tentangnya dengan lebih terperinci lagi di Wordpress 2.1 Development Blog.
huhu… nampak gayanya, saya kena upgrade lagilah Blog Internet Melayu ni nanti kerana tak sabar gak nak tengok fungsi terbarunya…
Popularity: 11% [?]
Filed Under: Tentang Wordpress.org • Ulasan Software dan Script • Uncategorized






on
on