Perihal Streamyx dan Flashdrive Tipu
Alhamdulillah saya dah dapat sambungan internet (Streamyx BroadBand 1.0Mb) di rumah saya. Walaupun selalu tak berapa laju, tapi sekurang-kurangnya dah dapat tengok internet di rumah.
huhu ….tak payah lagi nak bayar cybercafe RM3-5/sejam, tak payah bersorok-sorok ke ofis hubby selepas office hours dan hujung minggu dan tak payah nak ganggu rumah saudara-mara sendiri sebab nak pakai internet.
Nak kongsi satu cerita ni - 2-3 minggu yang lalu, kawan saya bawa satu flashdrive untuk ditunjukkan kepada saya. Flash drive tu dia dapat dari kawan dia yang lain, yang offer untuk suruh dia ambil sendiri atau jual pada sesiapa yang nak. Kawan saya tak minat sangat gadget komputer, so bila dia offer nak jual pada saya, saya pun setujulah kerana tertulis kat kotak produk tersebut - 8G Sony USB 2.0 - apatah lagi dengan hanya harga RM200! Tahun lepas suami saya beli thumbdrive Kingston 2.0Gb pun dah RM150, itupun masa sale!
Saya dah test flashdrive Sony tu masa saya beli sebab kebetulan saya bawa laptop saya, dan ternyata bila plug-in, terteralah perkataan saiz 8 Gb pada drive F saya. Apa lagi, memang seronoklah saya sebab 8 Gig, beb! Banyak files boleh simpan tu!
Seminggu yang lalu, saya ada test lagi tapi untuk transfer file yang kecil, beberapa ratus Mb je dan semua okay. Nak pendekkan cerita, memandangkan saya dah ada flashdrive kapasiti besar, saya pun nak store kan beberapa file PDF yang ada di laptop pada flashdrive 8G tu petang tadi.
Semua berjalan dengan lancar dan saya tengok terdapat file transfer hampir 2 Gig. Dah selesai, saya pun nak copy file tersebut pada PC saya pula (sebab nak test takut ada file corrupt).
Bila saya cuba buka file pada flashdrive tersebut (removable disk drive F), tiba-tiba keluar error: Please insert a disk into drive F. Saya pun cuba remove hardware dan dapati yang perkataan Sony 8G yang tertera selama ini dah bertukar kepada: Generic USB FlashDrive USB Device.
Hubby saya pun cadangkan ke website Sony.com kerana mungkin ada masalah driver dan nak cari support dan driver barulah. Bila kami telitikan website Sony.com, tak ada pula flashdrive Sony 8G MicroVault bernombor siri USM8042. Kami cari di website Sony Asia-Pacific pun tak ada, dan di Sony MicroVault pun tak ada.
Setelah search pada Google dan Yahoo, kami pun terjumpalah beberapa forum, blog, dan PDF, termasuk amaran dari Ebay Australia, tentang FAKE Sony 8G flashdrive … kalau nak tengok gambar product tipu tersebut, bolehlah ke Ebay Australia dan Ebay UK.
Apa boleh buat, saya pun tertipu dan kawan saya pun tertipu juga. Bila saya baca di blog-blog dan forum luar negara, memang ramai orang dah terkena.
Flashdrive tersebut sebenarnya dari China, boleh didapati untuk US$30-US$50 dan mempunyai sejenis program yang boleh menipu Microsoft Windows bahawa ia bersaiz 8 Gig sedangkan muatannya mungkin 128Mb sahaja atau ada juga 50Mb (cukup untuk muatkan driver tipu je).
Penipuan tersebut hanya akan terbongkar jika anda cuba gunakan flashdrive tersebut lebih 5 kali atau cuba transfer file lebih dari 1Gb sekali pakai. Masa itulah anda akan dikenakan dengan error message dan akhirnya tahu ia adalah fake product.
Bak kata orang putih: If it’s too good to be true, then it usually is.
Itulah another lesson untuk saya awal tahun 2007 ni - jangan mudah percaya pada benda yang berbunyi too good to be true…
Diharap semoga coretan blog ini dapat mengelakkan anda dari terkena tipah tertipu macam saya….
Popularity: 9% [?]
























on 


ahib0205
| Apr 2, 2007 | Reply
wah… hm… muslimin rupanya penulis blog ni… sy budak baru belajar…: