RSS
November 30, 2006 | admin | Comments 0

Product Launch dan Masalah Market Saturation

Saya memang dah agak lama juga memikirkan tentang topik ini dan pagi ni saya rasa saya nak ketengahkan topik ini untuk perbincangan kita semua.

Sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia yang berjinak-jinak dengan pemasaran dan perniagaan internet. Ini adalah satu petanda yang baik dan bermakna orang Malaysia semakin berani tampil ke hadapan untuk berniaga secara global dan mencuba alternatif mencari rezeki selain dari cara-cara konvensional seperti bekerja di pejabat dan berniaga off-line (bukan di internet).

Sudah pasti, dengan semakin ramai pemasar internet (atau lebih dikenali sebagai internet marketer), maka akan lebih ramailah yang membina website atau blog dan sudah tentu mereka juga teringin untuk menghasilkan produk sendiri, terutamanya dalam bentuk e-book, bagi melengkapkan lagi usaha mereka.

Dalam keghairahan kita bersaing untuk mengeluarkan dan melancarkan produk masing-masing, kita harus ingat bahawa perniagaan internet tidak tertumpu hanya kepada satu niche itu sahaja. Dan market kita bukanlah untuk satu golongan sahaja, walaupun buat masa ni, market tersebut belum ‘tepu’ (saturated) lagi. Izinkan saya terangkan selanjutnya…

Sebulan yang lalu, saya telah membaca posting di Blog seorang internet marketer dari luar negara, di mana beliau telah menyatakan kebimbangan tentang fenomena ‘product launching’ yang bertubi-tubi dalam jangkamasa yang singkat. Memang pada bulan tersebut (Oktober) saya telah menerima 3-4 email setiap hari menawarkan berbagai jenis produk, terutamanya e-book, dalam topik - apa lagi kalau tidak (!) - internet marketing.

Memang tidak dinafikan semua produk yang ditawarkan menarik dan bagus-bagus belaka, dengan rekomendasi dari ramai internet marketer terkenal dan jika anda masih newbie, memang berfaedah sekali jika membacanya.

Masalah pula timbul bila masing-masing mengeluarkan e-book tentang internet marketing pada masa yang sama, dengan salesletter format yang agak serupa, balik-balik muka yang tu je yang promote, dengan testimonial yang sama dan bezanya cuma warna yang digunakan dan tajuk e-book…. itupun ada juga tajuk dan slogan yang kurang lebih serupa je…

Kalau launching tu satu e-book seminggu tentang topik tu, tak apalah, sebab tak ada persaingan terus. Tetapi, bila 6 e-book tentang internet marketing dikeluarkan serentak dalam masa seminggu oleh guru-guru berbeza, di situlah akan terjadinya oversupply. Walaupun market untuk produk tersebut adalah global, masih berlaku market saturation sebab kalau kita search pun “internet marketing” di enjin carian, kita akan mendapati terdapat 40,500,000 (40.5 juta) keputusan carian. Tak percaya? Tengok kat sini.

Itu dari perspektif global.

Kalau dari konteks Malaysia pula, internet marketing adalah satu fenomena yang masih muda dan sedang berkembang. Walaupun masih baru, kita juga harus ingat bahawa rakyat Malaysia hanyalah 26.9 juta orang sahaja (source: Wikipedia: Malaysia) berbanding penduduk dunia yang telah mencecah 6.5 billlion orang.

Jika kita sempitkan niche kita hanya kepada penduduk Malaysia yang bertutur dalam Bahasa Malaysia sahaja dan kepada topik pemasaran internet sahaja, maka di situlah boleh timbulnya ‘market saturation’ dalam konteks tempatan (local context).

Buat masa ni, mungkin belum berlaku lagi. Tetapi dengan proliferasi pelancaran produk yang agak serupa dalam masa yang agak sama, besar kemungkinan kejadian saturasi ini akan berlaku.
Apakah akibat saturasi pasaran tempatan?

1.) Pastinya, Supply akan melebihi Demand.

2.) Terdapat terlalu banyak persaingan hinggakan peniaga yang kecil atau kurang pengaruh akan tersisih.

3.) Akan terbentuk puak-puak (clan) di kalangan peniaga. Ini bahaya kerana boleh menimbulkan pergaduhan dan sindrom “produk aku lagi bagus dari produk si XXX…” dan cronyism…

4.) Bakal pembeli akan ragu-ragu kerana tak tahu yang mana satu produk patut dibeli - “terlalu banyak alternatif yang sama” - satu paradoks yang membingungkan!

Jadi, macam mana?

Jawapannya mudah sahaja:

1.) Go global.

2.) Perniagaan di internet BUKAN hanyalah e-book perniagaan di internet.

3.) Perkembangan minda anda untuk mencari niche yang specifik dan unik.

Hanya 2 sen saya saja…

Popularity: 14% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Product LaunchTentang NicheTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: