Panduan Untuk Memulakan Perniagaan dan Pemasaran Internet
Sebelum memulakan tugas anda sebagai seorang usahawan internet, anda sendiri harus menentukan:
TEMPAT BEKERJA:
1.) Sebuah bilik khas di rumah untuk dijadikan ‘home office’. Pastikan dekat dengan line telefon/modem.
2.) ATAU mana-mana ruang rumah anda yang membolehkan anda bekerja di komputer dengan tenang, aman dan tanpa gangguan.
MASA BEKERJA:
1.) Kalau buat full-time, bila-bila saja. Ada orang lebih gemar bekerja di waktu malam, ada pula mendapat lebih ilham kalau menaip di waktu Subuh.
2.) Bagi yang buat internet bisnes part-time, boleh lakukan tugas pada waktu malam atau pagi-pagi Subuh, sebelum ke pejabat. Masa cuti dan hujung minggu adalah masa yang biasanya digunakan untuk mengemaskini website dan sebagainya oleh mereka yang membuat internet marketing part-time.
KOMPUTER:
1.) Desktop PC – biasanya disk space lebih besar, skrin lebih besar dari laptop. Pastikan ada sekurang-kurangnya 512MB RAM supaya anda boleh gunakan web builder dan photo-editing software dengan mudah. Diskspace 60GB++ pun bagus (lagi banyak lagi bagus).
2.) ATAU laptop – kalau sering berjalan, senang membuat kerja internet anda di mana-mana saja (better mobility). Tambahkan RAM jika perlu (buat masa ni saya ada 1.24 GB RAM)… Pastikan laptop anda ada kebolehan WIFI juga supaya anda mudah nak guna internet.
3.) Pastikan terdapat cukup ruang pada Hard Disk Drive untuk menempatkan web builder, e-book yang telah didownload, file-file penting, photo, video, MP3 teleseminar dan sebagainya. Jika anda malas nak upgrade komputer anda, anda boleh membeli External Hard Disk Drive (External Hard Disk Drive saiz 100Gb – lebih kurang RM400 pada masa penulisan posting ni, bergantung pada brandlah).
GADGET-GADGET LAIN:
1.) Thumbdrive / pendrive untuk memudahkan anda mengalih data dari sesebuah komputer ke komputer lain dengan pantas. Juga senang dibawa ke sana-sini.
2.) Headphone dan mikrofon – untuk memudahkan anda melibatkan diri di dalam teleseminar atau berhubung dengan klien anda. Mungkin anda promosikan produk melalui Skype atau Yahoo Messenger? Penggunaan headphone juga mengelakkan orang lain di rumah anda merasa bosan dan ‘bising’ kerana anda sedang mendengar MP3 atau menonton video tentang internet marketing.
PERISIAN (SOFTWARE)
1.) Web builder – untuk membina website. Anda boleh menggunakan:
Microsoft Frontpage, Dreamweaver, NVU, Yahoo Site Builder, XSitePro dan sebagainya.
2.) Keyword Research & Analysis Tool:
Wordtracker, GoodKeywords, Niche Browser, NicheBot.
…to be continued…
Popularity: 16% [?]
Filed Under: Free Downloads • Motivasi Internet • Tips Bisnes Internet • Ulasan Software dan Script • Uncategorized • Web Design







on
on