Forum WangCyber: Forum Internet Marketing Dalam Bahasa Melayu
Assalamualaikum… (Tribute to WangCyber.com …)
Di sini saya nak ceritakan tentang forum “internet marketing & business” kegemaran saya, iaitu WangCyber.com/forum.
Okay, mungkin saya agak bias lah sebab saya moderator kat situ (huhu!) … tapi takpelah… saya just nak kongsi info tentang Forum WangCyber kepada mereka yang mungkin berminat nak tahu maklumat lanjut tentang perniagaan di internet…
Forum WangCyber telah ditubuhkan oleh sahabat saya, iaitu saudara Shuth (atau Mohd. Suhaimy). Forum WangCyber adalah tempat di mana anda boleh berbincang tentang berbagai aspek bisnes dan pemasaran internet seperti:
1.) Pembinaan website - software, search engine optimisation (SEO), jenis-jenis website seperti content website, mini-sites, affiliate sites, salesletter sites, membership sites.
2.) Pembinaan blog - sama ada free blog dengan Blogger.com, Wordpress.com, Tblog dan lain-lain, hingga ke blog berbayar hosting yang menggunakan platform Wordpress.org, LiveJournal, Joomla, Wiki, etc.
3.) Pembinaan forum - platform seperti VBulletin, phpBB, etc…
4.) Affiliate program - promosi, cara nak bina, affiliate program yang diiklankan, affiliate software.
5.) Pengiklanan produk (e-book, software, etc)
6.) Peluang untuk JV untuk projek internet
7.) Freelancing - iklankan kemahiran / servis anda atau cari freelancer untuk pembinaan website, coding, banner graphic design, e-book cover design, etc.
8.) Ulasan produk-produk seperti e-book, seminar internet, software dan sebagainya.
9.) Tip-tips dan nasihat-nasihat percuma dari pakar internet marketing Malaysia … di sinilah mereka selalu lepak…
10.) Tempat orang yang meminati internet bisnes berkumpul … di Wangcyber lah di mana anda akan berjumpa orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda - iaitu untuk membina perniagaan internet yang berjaya.
===================================
Jangan lupa untuk dapatkan E-book Rahsia Sistem Merekrut MLM … pelancaran hari ini!

Popularity: 17% [?]


























