RSS

Website Cantik VS. Website Biasa

October 07, 2006 | admin | Comments 0

Seringkali mereka yang baru hendak menceburi diri dalam bidang bisnes internet akan meluangkan banyak masa untuk mereka-bentuk website mereka dan cuba membuat website yang cantik – penuh grafik, flash presentation, GIF, font-font berbeza rupa dan warna dan sebagainya.

Saya pernah ke website seorang kenalan saya yang cukup menarik – bila kita sampai ke website beliau, kita akan ditayangkan dengan movie 3-D yang mempamerkan pemandangan resort beliau dan juga butang-butang canggih yang bergerak-gerak apabila kita meletakkan pointer mouse pada butang-butang tersebut.
Walau bagaimanapun, kawan saya mengadu yang tidak ada orang pernah membeli pun pakej yang ditawarkannya. Beliau hairan kenapa tidak pernah berlaku apa-apa sales pun dari website tersebut.

Saya pun telah pergi online dan melihat website beliau dan mengenalpasti masalah yang dihadapi:

1.) Terdapat butang-butang grafik yang tidak berfungsi. Bila ditekan, ia tidak akan membawa kita ke webpage seterusnya. Adakalanya sesebuah ‘butang’ itu terpaksa ditekan banyak-banyak kali sebelum beralih ke webpage lain.
Sahabat saya telah lupa untuk TEST website beliau online – sama ada butang-butang navigasi berfungsi dengan betul atau tidak.

2.) Navigasi laman web terlalu rumit dan menyukarkan pengunjung untuk sampai ke bahagian pakej-pakej yang dijual. Grafik-grafik canggih yang digunakan sebagai butang navigasi mengelirukan orang ramai.

3.) Muka depan website tidak menjelaskan apa yang hendak dipromosikan. Pada pandangan pertama, pengunjung boleh terkeliru sama ada ia mempromosikan penjualan rumah, pakej percutian, penjualan perabot atau sekadar menunjukkan grafik bangunan cantik. Tidak ada banyak salescopy (atau text) pada website tetapi lebih kepada imej.

4.) Masalah UTAMA – website ambil masa yang agak lama untuk loading. Anda terpaksa menunggu lama untuk loading setiap webpage, termasuk juga masa loading yang lambat untuk butang-butang navigasi.

Mungkin ada yang tidak akan bersetuju dengan kenyataan saya, tetapi daripada apa yang saya pelajari dari guru-guru internet ialah: “Binalah website yang boleh menjual, bukan yang hanya kelihatan cantik.”

Sebagai contoh, Marcus Frind dari www.plentyoffish.com mempunyai sebuah website tentang ‘dating’ yang sangat berjaya. Pada zahirnya, kalau anda ke website beliau, memang nampak ‘biasa’ je. Tak ada grafik canggih-canggih dan ramai juga yang berkata website beliau agak hodoh. Tapi tahukah anda yang beliau memperolehi berpuluh-ribu dollar sebulan (adakalanya US$30K!) dari iklan Google Adsense SAHAJA?

Website Corey Rudl dulu iaitu www.carsecrets.com pun agak simple tetapi mendatangkan berpuluh ribu dollar sebulan melalui penjualan e-book ‘Car Secrets’ tanpa memerlukan website design yang dahsyat.

Mungkin anda pernah melihat website Mike Filsaime, Brad Callen, Ken Evoy, Liz Tomei dan David Vallieres?
Semuanya simple sahaja. Tetapi mesej yang disampaikan adalah JELAS, navigasinya adalah MUDAH.

Okay, apakah rahsia website-website ‘hodoh’ ni?

Mari saya terangkan secara ’simple’, dengan bahasa mudah supaya pembaca blog saya yang masih baru tidak terkeliru:

Ciri utama website yang berjaya: Banyak trafik yang berkaitan (relevant traffic).

So, apa kaitan website cantik/hodoh dengan trafik?

Sebagaimana yang kita tahu, internet juga dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Kenapa? Antara sebabnya, selain internet dianggap sebagai jaringan komunikasi, ia juga merupakan tempat ‘pengembaraan’ robot atau labah-labah enjin carian (search engine spiders/spiderbots) yang sentiasa mencari ‘makanan’ (spider food) yang merupakan data-data baru pada internet. Data-data baru ini boleh dalam bentuk website baru yang diletakkan online, website/blog/forum/ yang diupdate, dan apa-apa sahaja yang diletakkan di internet.

Spider enjin carian ini akan berjalan keliling World Wide Web untuk mencari data-data baru dan bila ditemui, ia akan pulang ke enjin carian (Google, Yahoo, etc) dan memberitahu enjin carian tentang website yang dijumpai.

Spiderbots tersebut mungkin akan datang semula ke website tersebut seminggu / sebulan / 5-6 bulan kemudian, ia mungkin akan hanya melawat homepage sahaja dan terus balik ke enjin carian atau ada juga akan terus menziarahi semua webpage pada website tersebut. Ini semua bergantung kepada apa yang ada pada website anda dan fungsi spiderbot tersebut (sama ada untuk scout sahaja atau terus menerokai).

Spiderbots ni gemar ‘memakan’ TEXT (perkataan). Kalau ia menjumpai text, ia akan ‘memakannya’ dan menghantar makanan yang diproses pulang ke enjin carian. Makanan yang dibawa pulang itu akan menjadi asas enjin carian menentukan ‘keyword’ yang berkaitan dengan website anda.

Tapi awas! Spiderbots ni pun macam labah-labah betul juga! Ia ‘takut’ pada cahaya terang, takut pada benda-benda yang ‘flashy’ dan mengejutkan.

Sebagaimana labah-labah biasa akan menjauhkan diri dari cahaya lampu suluh yang terang atau apa-apa perkara yang menakutkan,
spiderbots juga tidak gemar pada grafik ‘flash’, GIF dan benda-benda seumpamanya.
Spider tersebut mungkin akan hanya proses title dan nama website anda semasa ia menerokai website anda tetapi kalau homepage pertama pun sudah dipenuhi flash presentation, mungkin ia akan pulang dulu ke enjin carian dan hanya datang balik lain kali.
Atau kalau ia terus menerokai website anda, grafik flash tersebut akan melambatkan perjalanannya.

Berbeza pula dengan website yang dipenuhi text dan hanya terdapat sedikit grafik sahaja, spiderbot akan lebih mudah menerokai website anda, perjalanannya akan lebih cepat dan apabila ia pulang ke enjin carian, maklumat (text) yang diproses akan memudahkan enjin carian menentukan RANKING website anda. Ingat! Enjin carian menentukan keyword pada website anda berdasarkan text yang tertulis pada website (title, links, alt text, text biasa, headlines, etc).
(Kat atas tu saya hanya beri gambaran simple, sebenarnya kalau nak cerita proses ini secara terperinci, akan menjadi terlalu teknikal – anda akan pening dan saya pun tak larat nak taip!)

Bila anda di rank dengan cepat pada enjin carian, anda akan mendapat lebih banyak trafik dan lebih ramai orang akan mengunjungi website anda dan membeli produk anda.

Kalau salescopy (text) pada website anda tertumpu pada niche topik yang jelas, spesifik dan khusus, trafik yang akan anda dapat pun lebih ‘targetted’ dan ‘relevant’.

Anda gunakan Google Adsense pada website anda?
Jika anda inginkan iklan Adsense yang lebih tepat pada topik anda, lebihkan text. Kurangkan flash grafik, kerana ia mungkin akan mengelirukan Google untuk meletakkan iklan berkaitan dan spesifik.

Ciri website jualan (sales website) yang baik:
1.) Masa loading yang cepat.

2.) Mempunyai topik/niche yang spesifik dan tertumpu.
3.) Navigasi yang mudah.
4.) Memberi informasi yang berguna dan UNIK.
5.) Memberi informasi yang jelas tentang produk.
6.) Mempunyai proses penjualan dan pembayaran yang mudah – boleh terima kad kredit.
7.) Mempunyai proses pembayaran yang SELAMAT – menggunakan SECURED SERVER semasa proses pembayaran.
8.) Menepati janji, jika ada 30-day money back guarantee, kalau terdapat refund, tunaikan.
9.) Jujur, ikhlas dan tidak menipu pembeli.

Website Cantik dan Canggih: Masa Sesuai Untuk Membinanya:

1.) Anda seorang grafik designer dan ingin mempamerkan skill grafik anda.
2.) Anda dalam bidang pengiklanan dan ingin mempamerkan hasil anda.
3.) Anda seorang arkitek / interior designer dan ingin menggambarkan hasil kerja anda di website.
4.) Anda bekerja dalam apa-apa bidang berkaitan kesenian (art) dan rekaan (design).

Apa-apa pun, sebaik-baiknya jika anda adalah golongan diatas, sebaik-baiknya letakkan grafik yang berat pada subpages, bukan pada homepage supaya pengunjung tak terus lari dari website anda kerana loading lambat.

Tuliskan salescopy pada homepage yang bagus dan mengalakkan pengunjung untuk melihat hasil kerja anda pada subpage website dan juga mengalakkan mereka melanggan perkhidmatan anda.

Ingat, yang penting:

Create a Website That Sells, Not One That Just Looks Great But Earn You No Dollars.

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • del.icio.us
  • digg
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Netvouz
  • Reddit
  • Spurl
  • YahooMyWeb
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • Technorati

Filed Under: SEOTips Bisnes InternetUncategorizedWeb Design

About the Author: All writings and postings by Galadriel of InternetMelayu (The Admin) are considered as personal opinions and views. They are not legal or business advice and The Admin is not liable for the use or misuse of information contained within this website and blog. The Admin is also NOT LIABLE for any comments, suggestions and criticisms made by visitors of this website and blog. Read the full Legal Policy here: http://www.internetmelayu.com/Legal-Policies.html

RSSComments (0)

Trackback URL

Comments are closed.