Motivasi Perniagaan Internet
Untuk posting kali ini, saya akan menyentuh tentang topik motivasi perniagaan internet, iaitu bagaimana untuk memotivasikan diri kita dalam usaha kita mencari rezeki on-line.
Mungkin:
1.) Anda belum lagi memulakan perniagaan di internet dan terasa dibebankan dengan begitu banyak maklumat (infomation overload) dan rasa lemah semangat untuk memulakan langkah pertama anda…
2.) Anda telah memulakan perniagaan internet tetapi hasilnya kurang memuaskan…
3.) Anda telah membina beberapa website bisnes yang berjaya tetapi sekarang terbuntu fikiran untuk mendapatkan idea baru… (idea block)
Sebenarnya, rasa kurang motivasi, tidak bersemangat dan bosan akan melanda mana-mana usahawan dalam apa jua bidang, termasuk usahawan internet.
Adakalanya, saya juga rasa macam tu… ada hari saya buka komputer dan idea kreatif untuk menulis di design pada website akan muncul seperti ‘magic’.
Tapi ada juga hari yang saya rasa macam lemah je nak ‘on’ komputer dan walaupun dah berjam-jam duduk di depan skrin, masih tak ada ilham yang kreatif. Paling teruk kalau saya tertidur depan komputer setelah bosan tak dapat idea dan terbangun dari tidur dengan rasa bengang, dan kecewa pada diri sendiri kerana membiarkan masa terbuang begitu saja!
Ye, kita semua pernah mengalaminya, kan? Anda pun mesti pernah rasa bosan dan kurang motivasi, terutamanya bila terpaksa duduk sorang-sorang depan PC atau laptop - orang lain semua sedang nyenyak tidur, seronok menonton TV atau keluar dengan kawan-kawan - sedangkan anda pula terpaksa menaip artikel untuk website anda, kemaskini blog atau menjawab email pelanggan…
Bagaimana nak memotivasikan diri untuk melaksanakan tugas perniagaan internet anda?
1.) Jika anda sudah berjam-jam menaip artikel atau membuat kerja pada PC dan tiba-tiba rasa tidak bersemangat,
berhenti semua yang anda sedang lakukan! Bangun dari kerusi dan pergi ke verandah/ balkoni rumah atau keluar dari rumah dan hirup udara segar di luar sana. Lihat pemandangan sekeliling dan kosongkan fikiran anda dari segala masalah. Biarkan fikiran anda melayang ke perkara-perkara yang positif dan menenangkan. Jika anda mempunyai hobi, kerjakan hobi anda selama 30 minit atau sejam supaya anda rasa lebih tenang dan puas hati.
2.) Jika anda baru nak memulakan sesuatu tugas dan sudah terbuntu idea, cuba layari internet untuk mendapatkan idea, baca e-book atau dengar MP3 tentang internet biz - bagi membuka minda anda kepada idea baru. Adakalanya kita mungkin akan terjumpa sesuatu di internet yang tiada kaitan dengan bisnes kita pada dasarnya tetapi boleh memberikan kita inspirasi pada masa akan datang.
3.) Cuba lakarkan ‘mind-map’ seperti yang diajar oleh Mr. Tony Buzan dalam buku-bukunya tentang ‘Mind-Mapping’ untuk memperkembangkan lagi idea yang sedia ada.
4.) Sebagai seorang muslim, anda juga boleh membaca Al-Quran atau mendengar bacaan Quran pada MP3 komputer atau radio. Anda mungkin akan terkejut bila mendapati setelah mendengar bacaan Quran selama 10-30 minit, bila anda kembali bekerja, anda akan lebih ‘fresh’, bersemangat dan tenang.
5.) Pastikan anda melaksanakan tugas anda dalam keadaan yang bersih, tenang dan tidak bising. Jika anda belum mandi, pergi mandi untuk segarkan badan. Jika anda bekerja di dalam suasana yang bising, cuba alihkan PC atau laptop ke bilik yang lebih sunyi dan tutup tingkap jika keadaan di luar pun bising.
6.) Luangkan masa untuk membaca kisah-kisah motivasi tentang tokoh-tokoh yang telah berjaya walaupun mereka bermula dari kosong. Thomas Edison telah mencuba sepuluh-ribu kali untuk mencipta mentol lampu yang sempurna sebelum beliau berjaya … Nabi Muhammad mempunyai 3-4 orang pengikut sahaja pada awal penyebaran agama Islam dan pernah dihina dan diugut, tetapi akhirnya Islam adalah diantara agama yang paling pesat berkembang di dunia kini… Adik beradik Wright mengimpikan kenderaan yang boleh terbang di udara seperti burung dan walaupun ditertawakan akhirnya mereka berjaya mencipta kapalterbang yang pertama… negara kita pun, walaupun baru 50 tahun merdeka, tapi kita telah mempunyai kereta nasional, infrastrucktur canggih (monorail, LRT, KLCC) dan tak lama lagi akan menghantar wakil ke angkasa lepas…
Sebenarnya cara untuk memotivasikan diri anda bergantung kepada apa yang akan membuat anda sendiri rasa teruja (excited), gembira dan ‘feel good about yourself’ (rasa positif & baik tentang diri sendiri).
Lain orang akan memerlukan lain cara untuk menghidupkan semangat dan menjadi lebih bermotivasi.
Kenali diri anda dan kenali apa yang membuat anda rasa positif, bahagia dan teruja.
Popularity: 7% [?]
























on 

