Ulasan BootCamp Derek Gehl
Dah hampir seminggu Bootcamp Derek Gehl telah berlalu dan baru sekarang saya berkesempatan untuk menulis ulasan mengenainya. Sebenarnya saya sibuk kerana pada 21 September baru-baru ni saya telah mendapat anak saudara pompuan (niece) terbaru… oh ye, sebelum itu, saya nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua…
Pada hari Jumaat, hari pertama seminar, telah dibahagikan pada 4 sesi. Sesi pertama adalah pengenalan dan pencarian niche. Penentuan ‘demand’ (permintaan) untuk sesuatu keyword atau topik di dalam enjin carian telah diterangkan termasuk juga tentang ’supply’ website yang mengandungi keyword tersebut. Di dalam mencari niche yang sesuai untuk diterokai, kita harus bijak mengimbangi (balance) ‘demand’ & ’supply’ dan minat & kemahiran kita sendiri mengenai sesuatu topik. Di dalam sesi ini diselitkan mengenai email marketing dan penggunaan email dalam memastikan pengunjung sentiasa kembali pada website kita. Sesi kedua lebih menerangkan tentang bagaimana membina website yang boleh ‘menjual’. Website yang ditunjukkan adalah lebih kepada salesletter website, tetapi tidak semestinya dalam format salesletter panjang-panjang yang biasa kita lihat.
Ada juga website yang ditunjuk mempunyai unsur-unsur salesletter, seperti penggunaan heading yang menarik perhatian, penggunaan warna dan unsur text (bold, underline, italic) pada salescopy, tetapi panjangnya hanya 2-3 pages sahaja. Yang paling penting adalah pengunjung mudah untuk melihat maklumat ‘benefit’ produk pada muka utama website dan bukan sekadar diajukan ciri-ciri (features) suatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Sesi yang lain membincangkan penggunaan program affiliate sendiri, newsletter dan Pay-Per-Click juga dibincangkan secara ringkas bagi mempromosikan website. Topik yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai promosi Direct-to-Desktop yang menggunakan software Desktop Marketer.
Hari Kedua adalah tentang strategi trafik - melalui enjin carian organik (teknik SEO biasa) dan mencari trafik melalui PPC. Lebih menekankan tentang Google Adwords untuk pengiklanan dan cara bidding keyword. Yang pentingnya adalah untuk membid keyword yang spesifik kepada niche kita dan bukan tamak dengan mencuba bid bagi keyword yang general yang mungkin merugikan kita. Penggunaan PPC ni sesuai untuk mereka yang menjual kepada market luar negara.
Sesi kedua pada hari ini adalah ‘makeover’ website yang telah dilaksanakan oleh team IMC (Internet Marketing Center) untuk klien mereka. Bahagian ni menarik kerana kita dapat melihat kesalahan-kesalahan yang dilakukan dan aplikasikan teknik yang betul pada website kita.
Sesi ketiga adalah mengenai penjualan di Ebay. Sesi ini juga menarik bagi saya kerana saya tidak pernah menjual di Ebay (saya lebih tumpukan pada pembinaan website dan blog), tetapi adalah suatu yang mungkin saya akan cuba pada masa akan datang. Kalau nak ceritakan disini pun adalah terlalu panjang, tetapi bagi mereka yang berminat, kalau rasa belum bersedia untuk penjualan di ebay, anda boleh cuba: www.lelong.com.my.
Sesi yang lain sekali lagi menekankan tentang email marketing, penggunaan opt-in untuk pembinaan list (list building) dan kepentingan untuk sentiasa menghubungi pelanggan. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar tidak email list anda setiap hari, paling kerap pun sekali seminggu kerana takut ahli list anda akan bosan dengan penerimaan email dari anda yang terlalu kerap dan anggap anda sebagai Spammer. Jika anda ingin mempromosikan produk, adalah lebih beradab dan berkesan untuk email maklumat percuma 4-5 email dahulu sebelum terus hendak mempromosikan produk tersebut. Kalau anda terus promosikan produk / servis anda pada email pertama atau kedua bagi list anda, mereka mungkin rasa anda tidak ikhlas dan hanya mahu menjual barangan.
Hari ketiga, sesi pertama pula adalah mengenai blogging, RSS, podcasting. Platform blogging yang dijelaskan adalah lebih kepada Blogger.com, terutamanya mengenai penggunaan blog di blogger untuk mempercepatkan listing website anda di Google. Ada juga disebut tentang Technorati dan FeedBurner bagi mempromosikan blog. Podcasting (dan videocast) adalah teknik yang semakin popular di internet dan telah digunakan untuk mempromosikan bermacam jenis produk dan servis. Anda boleh mendapat maklumat lanjut di Feedburner/podcast. Bahagian terakhir lebih menumpukan tentang salescopy dan strategi untuk salescopy yang baik.
So, selepas 3 hari kursus intensif bersama Derek G dan Team IMCnya…apakah pendapat saya? huhu… mula-mula ada gak penyesalan sikit awal-awal tu kerana pada hari pertama dah dibari ’sales pitch’ produk-produk seperti MailLoop dan sebagainya. Tetapi pada sesi seterusnya, maklumat yang dibari lebih detailed dan terperinci. Sebagaimana saya selalu tulis kat posting saya, bila kita baca e-book tentang internet marketing, memanglah baik tetapi keadaannya tak sama dengan menghadiri seminar. Kenapa? Kerana di seminar kita dapat melihat slides contoh-contoh, boleh tanya direct pada penceramah tentang apa-apa yang kita tak faham disamping peluang untuk JV dan network bersama orang-orang yang sekepala dengan kita. Saya telah mengambil peluang untuk menanyakan Mr. Derek Gehl tentang produk-produk beliau. Terdapat juga peserta yang hadir telah menanyakan ’soalan cepu emas’: tentang peratusan orang yang boleh berjaya dalam internet bisnes, profail orang yang berjaya dalam internet marketing, dan jawapannya tetap sama: walau siapa pun kita berguru dengan, walau beribu seminar internet yang kita hadiri, jika kita tidak membuat tindakan seterusnya, kita tidak akan berjaya.
Ambil tindakan sekarang! Jangan lalai dan suka menangguh-nangguhkan bisnes internet anda!
SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA USAHA ANDA DIBERKATI ALLAH !
Ingin menjadi ahli Program Affiliate Internet Marketing Center?
Sila klik banner dibawah:
Popularity: 15% [?]

























on 

