RSS
September 14, 2006 | admin | Comments 0

Pagi Esok Kena Bertolak Awal ke Seminar Derek Gehl di Berjaya Times Square

Malam ni rasa mengantuk betul tapi saya kena gak tulis sepatah-dua kata untuk pembaca-pembaca blog saya.

Esok memanglah hari yang saya tunggu-tunggu. Sudah lebih dua bulan saya apply untuk menjadi salah seorang daripada 200 peserta closed-seminar Derek Gehl. Beliau telah tiba di Malaysia sejak 12 September baru-baru ni.

Petang tadi saya telah mendapat email daripada penganjur seminar tersebut, jam 8.00 pagi sudah kena berada di Berjaya Times Square. Awal juga tu kerana mula-mula dapat email sebelum tu kata kena berada di sana jam 8.30 pagi. Tak apalah. Maknanya kena bersedia awal lagilah.

Saya pun tak pasti macam manakah keadaan di seminar itu nanti. Saya memang tertanya-tanya pada diri, adakah seminar tu akan benar-benar berbaloi? Betul ke testimonial orang-orang yang ditunjuk di brochure mereka? Yang pasti, apa-apa pun, InsyaAllah kalau usaha kita ikhlas, kita akan berjaya…

Aktiviti saya hari ni macam biasa, tulis kat blog-blog, check email, balas email, jengok forum-forum yang saya jaga. Hari ni tak pula kemaskini website sebab dah buat dah semalam. Ada juga saya gunakan masa untuk mendengar MP3 seminar internet yang saya download. Adakalanya saya akan membaca tawaran salesletter dan offer yang saya dapat dari bermacam-macam sumber.

Yang pastinya, tak satu hari pun berlalu tanpa saya membaca atau ’study’ sesuatu tentang ‘internet marketing’, tak kira sama ada berbentuk buku biasa, e-book, mp3, short articles, kaji salesletter orang lain atau kaji website orang lain. Bukan apa, memang saya minat. Saya tak rasa penat atau bosan. Cuma sometimes kalau buku yang dibaca tu meleret sangat, ada gak mengantuklah…

Okaylah, saya baru teringat, sepuluh hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Dalam kita mencari duit di dunia ni, ingatlah yang sebaik-baik wang adalah dari sumber yang halal. Jauhkan diri dari scam dan skim cepat kaya… ( macam iklan dari kementerian le pulak!)

Popularity: 12% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Ulasan IMCUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: