RSS
August 14, 2006 | admin | Comments 0

Ulasan Seminar Saifulsham

Dah berapa kali saya terfikir nak buat ulasan tentang Seminar Saifulsham yang saya sertai hari tu tapi selalu ada saja projek lain yang mengalihkan perhatian saya. Maka berikutlah ulasan saya tentang seminar tersebut:

_________________________________________________

Assalamualaikum.

Pada 23 Julai yang lalu, saya telah menghadiri Seminar Saifulsham yang diadakan di Berjaya Times Square oleh saudara Sabri dan Syazwan (Team saifulsham).

Ye, saya memang affiliate mereka dan pada pendapat saya, kalau nak jadi affiliate, kenalah try dulu kan, sebelum dapat recommend kat orang lain…

Pada mulanya, saya akui, saya agak skeptikal sedikit kerana Seminar Saifulsham hanya berharga RM397 dan saya terfikir juga, mungkin seminar ni nanti ‘biasa’ je. Lagipun ia merupakan seminar kedua mereka secara ‘public’.

Setelah dari jam 8.30 pagi hingga ke 6.00 petang mendengar Seminar tersebut, saya berani menyatakan yang seminar tersebut amat berbaloi dan saya berpuas hati dengan presentation mereka.

Peserta diperkenalkan dengan cara mencari topik niche dan keyword yang sesuai. Jenis-jenis website juga dibincangkan seperti Content-based Site, Salesletter, Shopping Site, membership site dan laman lelongan. Mungkin ada yang hanya memikirkan yang semua laman web itu sama saja, tetapi Team Saifulsham mengajar tentang jenis laman web yang sesuai bagi jenis produk dan perkhidmatan tertentu. Topik yang disentuh termasuk penjualan produk sendiri, cara bungkusan dan mengepos barangan tersebut. Bagi mereka yang tidak ada produk sendiri, mereka diajar cara dropshipping, program affiliate dan juga Google Adsense.

Peserta bukan hanya mendengar sahaja ceramah malah diberi tugasan secara bersendirian dan di dalam kumpulan bagi memperkembangkan minda untuk menjana idea tentang niche topik yang hendak dicari.
Saya dan para sahabat yang duduk semeja tak kering gusi kerana membincangkan idea-idea yang adakalanya agak gila-gila dan kreatif.
Sebenarnya latihan seperti ini adalah penting kerana ramai orang ingin membina laman web dan berniaga di internet tetapi ramai menjadi kecewa dan berputus asa apabila tidak tahu nak tulis tentang apa. Personally, saya telah dapat banyak idea daripada latihan tersebut. Ada diantaranya telah saya implementasikan dan ada juga tengah didalam proses.

Team Saifulsham menunjukkan cara-cara mencari keyword, membina laman web, jenis laman web, pilihan produk untuk dijual, promosi lama web melalui Pay-Per-Click (PPC), menerima bayaran on-line, teknik optimisasi enjin carian (SEO) dan bermacam-macam lagi.
Yang paling bagusnya, setiap perisian (software) yang dicadangkan diberi secara percuma (dalam bentuk CD). Bukan itu saja, malah CD yang diberi disertakan dengan Video dan arahan (di dalam bahasa Melayu), termasuk beberapa buah e-book percuma dan nota cara menjalankan perniagaan internet.

Segala maklumat yang disertakan di dalam seminar adalah lengkap, padat dan mudah difahami oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan internet. Peserta juga tak perlu pening kepala nak cari hosting kerana terdapat pakej istimewa bagi mereka yang menghadiri seminar, iaitu 6 bulan hosting percuma di syarikat hosting yang dicadangkan oleh Team Saifulsham, kami cuma beli nama domain sahaja (kurang lebih RM35 setahun je!).

Peserta juga diberi akses kepada membership site rahsia Team Saifulsham di mana anda boleh menanyakan soalan dan berkongsi pengalaman.

Terdapat lagi beberapa bonus lain yang diberi kepada peserta seminar, tetapi kalau nak tahu, sertailah Seminar Saifulsham! Pada pendapat saya, Seminar Saifulsham is the BEST value-for-money internet seminar yang pernah saya sertai.

_________________________________________________

Akhir kata, apa-apa seminar yang disertai, apa-apa pun buku atau e-book yang dibaca tentang berniaga di internet, yang penting sekali ialah langkah pertama.
Mulakan langkah pertama … carilah topik niche anda, carilah keyword yang tepat dan bersesuaian.

Be persistent, be patient … teruskan usaha anda, baca dan kaji teknik pemasaran internet dan jangan mudah putus asa.

InsyaAllah anda akan berjaya.

Tarikh Seminar Saifulsham terdekat: 19 Ogos 2006 (Sabtu)

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Ulasan Seminar SaifulshamUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: