Jangan beli dulu Edisi Gold HyperVRE Sebelum Membaca Ulasan Saya
Dua-tiga hari ni saya telah mencuba sendiri menggunakan HyperVRE (edisi percuma dulu kerana saya kena test first!).
Berikut adalah ulasan dari pengalaman sendiri:
1.) Selepas download, memang mudah nak install. Tetapi saya dapati saya kena sentiasa bersambung pada internet, kalau tidak, software ini tidak akan dapat diguna. Bukan setakat keyword generator tool tu tak berfungsi tetapi kita takkan dapat tengok bahagian-bahagian lain software termasuk mukasurat HELP tu. Itulah akhirnya saya telah download, save dan print PDF HELP file tu supaya lebih memahami fungsi HyperVRE.
2.) Saya dah try banyak kali keyword generator tool tu, tapi belum untuk membina website, cuma sekadar nak tengok pilihan keyword yang diberi. Selepas tu saya test di Overture dan mendapati yang keyword yang dikeluarkan oleh HyperVRE memang dari Overture. Tetapi di Overture kita tahu jumlah demand keyword tersebut setiap bulan. HyperVRE hanya menunjukkan keyword tanpa jumlah permintaan bulanannya.
3.) Adakalanya keyword generator tool pada HyperVRE akan ‘jam’ dan saya terpaksa tunggu beberapa minit sebelum submit semula permintaan untuk keyword.
4.) Saya tak uploadkan website yang saya buat dengan HyperVRE (kerana malas nak ganggu website saya), tetapi saya telah menemui website yang dibina dengan HyperVRE percuma:
http://adsensesite.synclastic.com/
5.) Saya mendapati bahawa website tersebut nampak serabut dan susunan artikel, navigation bar dan iklan kelihatan kucar-kacir. Ada diantara linksnya boleh diklik dan adakalanya perkataan yang nampak macam bukan link pun tiba-tiba boleh di klik. Adakah mungkin orang yang membina website ni tak pandai gunakan HyperVRE dengan betul? Atau adakah software ini masih mempunyai banyak bugs yang harus diperbetulkan?
6.) Saya pun selidik melalui forum dan blogs yang menulis review tentang software ini dan mendapati bahawa ramai yang bersungut yang versi berbayar (Gold) pun masih ada banyak bugs dan errors yang perlu dibaiki.
Overall kebanyakkan orang mengatakan yang software ni ada potensi unuk menjadi hebat, tetapi semua bugs dan kelemahan harus dibaiki terlebih dahulu.
Saya cadangkan kepada para sahabat semua yang ingin membeli HyperVRE, cuba dulu versi percuma. Jangan beli lagi versi Gold!
Berilah Mr. Matt Callen dan teamnya beberapa bulan lagi untuk membetulkan dulu HyperVRE dan meletakkan ciri-ciri seperti:
1.) Kebolehan untuk terus upload website tanpa gunakan FTP.
2.) Fungsi ubah-suai template yang lebih user-friendly dan mudah.
3.) Aturkan semua bugs dan error yang timbul (broken links, software crash).
4.) Fungsi untuk mudah letakkan imej pada website tanpa imej tersebut ‘hilang’ dan tak muncul terus di website.
5.) Keyword generator yang lebih terperinci.
6.) Mungkin juga fungsi untuk ubahsuai website template tanpa perlu sambung pada internet.
Okay, itulah rumusan saya tentang pengalaman saya gunakan HyperVRE edisi percuma. Kalau ada diantara kawan-kawan yang ada pengalaman menggunakan versi percuma atau edisi Gold, anda boleh kongsikan di sini.
Apa-apa pun, anda masih boleh cuba versi percuma HyperVRE, tapi ingat jangan beli dulu….! Sama juga macam keluaran kereta atau Windows terbaru, kena biar ‘diatur’ dulu segala masalah, barulah kita boleh dapat versi yang terbaik.
Nak download HyperVRE versi percuma, klik di sini.
Semoga dapat membantu.
ps - kalau saya lambat nak approve mesej atau reply di sini selepas malam ni, ini adalah kerana esok saya akan pulang ke KL dan tak ada internet di rumah sana. Saya akan cuba ke CyberCafe nanti bagi menjawab soalan yang ada.
ps2 - software web-builder yang saya tengah pakai sekarang ialah: XSitePro. Saya juga pernah gunakan SiteBuildIt dan pernah test Yahoo SiteBuilder untuk membina website. Nanti kalau ada masa, saya akan ceritakan pengalaman saya dengan web builder tersebut.
Popularity: 10% [?]


























