RSS
July 06, 2006 | admin | Comments 0

3P di dalam Bisnes Internet

Baru-baru ni saya teringat tentang kata-kata seorang guru internet (rasanya Mike Filsaime kot) yang telah mengatakan bahawa untuk berjaya di dalam perniagaan internet, seseorang itu mesti ada 3P:

1.) Purpose - ada matlamat dan mengetahui sebab mengapa dia terlibat di dalam perniagaan internet.

2.) Perspective -boleh nampak gambaran ‘overall’ dalam menjalani perniagaan tersebut. Tidak hilang fokus.

3.) Perseverance -mempunyai daya tahan dan tidak mudah putus asa. Perniagaan di internet harus dianggap sebagai bisnes seperti di dunia yang nyata. Jika kita mengambil sikap sambil lewa tentang bisnes kita, kita tidak akan berjaya, walau banyak manapun e-book dibaca dan kursus dihadiri.

Mudah putus asa adalah sebab utama ramai yang telah mencuba perniagaan internet tetapi akhirnya telah ‘quit’ dan tidak percaya lagi pada peluang membuat wang di internet.

Seperti perniagaan di dunia yang nyata, perniagaan di internet jarang sekali akan membawa kejayaan serta-merta. Kebanyakan website yang bertahan lama dan berjaya ialah website yang dimana pemiliknya mempunyai kesabaran (patience) dan tekun membina perniagaan mereka, walaupun mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Saya teringat satu kisah tentang seorang pemilik lombong emas di Afrika Selatan. Setelah bertahun-tahun melombong emas, akhirnya pemilik lombong tersebut telah mendapati vena emas yang digali seakan-akan sudah kehabisan emas.

Pemilik emas tersebut, dengan terburu-buru, terus menjual lombong emas tersebut dengan harga yang agak rendah kerana menyangka lombong emas tersebut sudah ‘kering’. Dia gembira dapat wang tersebut dan menyangka perbuatannya berbaloi.

Lombong tersebut dibeli oleh seorang usahawan. Usahawan tersebut berpandangan jauh. Dia telah memanggil ahli geologi untuk memeriksa keadaan tanah di lombong emas tersebut. Dari hasil kajian ahli geologi tersebut, dia mendapati bahawa tiga kaki dari lubang yang digali terdapat vena emas yang lebih besar.

Pemilik baru lombong emas tersebut telah menjadi sangat kaya. Lombong emas tersebut tidak ‘kering’, malah telah mendatangkan hasil yang berlipat-ganda dari asal.

Maka pemilik asal lombong emas itu telah rugi. Jika pemilik asal telah menggali 3 kaki sahaja lagi, dia akan berjaya temui vena emas yang lebih besar dan lumayan. Oleh kerana sifat terburu-buru, ingin cepat kaya dan mudah berputus asa, rezeki tersebut melepas ke orang lain.

Popularity: 9% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Old TBlog EntriesTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: