Free Internet Seminar Bersama Derek Gehl
Internet Seminar bersama Derek Gehl1st July 2006 (Saturday) - Subang Villa Hotel
Tajuk: How To Start Your Own Internet Business for Less Than US$500 and See Profits in Less THan 30 Days.
4 Steps of Making Money Online:
1.) Number One: Finding a Large Easy-to-Reach Market Niche.
- mencari niche market yang besar dan mudah diterokai.
2.) Number Two: Designing a Website that Converts Maximum Visitors into Lifetime Customers.
- membuat website yang akan menukarkan jumlah maksimum pelawat website kepada pelawat seumur hidup.
- mereka sentiasa ingin kembali kepada website anda dan membeli dari anda berulang-kali.
- website anda mudah dilayari. One-click navigation.
3.) Number Three: Drive a Flood of Qualified Buyers to your Website.
- membawa pengunjung yang benar-benar layak ke website anda. Layak bermakna mereka memang berminat terhadap produk atau servis yang anda tawarkan dan berkemungkinan besar akan membeli produk atau melanggani servis tersebut.
4.)Number Four: Put Everything On Auto-pilot.
- semua urusan pengambilan order, pembayaran, penghantaran barangan, email, newsletter, affiliate, subscriptions dan sebagainya adalah secara automatik (auto-pilot).
Walaupun masa terhad, Derek Gehl telah memberi penerangan yang cukup padat dan bernas kepada pengunjung seminar percuma tersebut. Saya sempat juga berborak dengan Derek Gehl dan bertanyakan tentang program affiliate beliau dimana saya telah menjadi ahli. 90% pengunjung seminar tersebut adalah orang cina, tetapi ada juga orang Melayu yang hadir (maybe 12 orang sahaja kot), termasuk ahli forum Wangcyber seperti Ryco dan Surfaddict.
Seminar tersebut sebenarnya telah dianjurkan oleh Aaron Sim dan isterinya Tracy. Mereka telah ke seminar Internet Marketing di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun lepas (2005) dan menjemput Derek Gehl untuk datang ke Malaysia.
Pihak penganjur tidak membenarkan kami mengambil gambar Derek Gehl di seminar tersebut, walaupun seminar telah tamat. Maka, minta maaf, memang tak ada gambar.
Saya mendapat tahu yang ada diantara yang hadir telah mendapat email mengenai seminar tersebut (email invitation) tapi saya tak ingat pun dapat email dari pihak penganjur walaupun saya dalam mailing list mereka. Tak apalah. Nasib baik saya telah ternampak iklan free seminar di suratkhabar.
Seminar yang diadakan pada 1 Julai ini oleh Derek Gehl adalah seminar pengenalan kepada program beliau yang bertajuk: The Ultimate Entrepreneur BootCamp yang akan diadakan selama 3 hari di Berjaya Timex Square pada 15, 16 dan 17 September (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Harga seminar tersebut adalah hampir RM3K.
Setelah selesai seminar percuma tersebut, kami (budak melayu & ahli WangCyber) telah berkumpul di luar dewan hotel untuk membincangkan tentang perniagaan internet, seminar tersebut dan kos yang tinggi untuk hadir ke Bootcamp September nanti. Memang orang lain begitu beruntung kerana mempunyai resources untuk hadir ke seminar itu nanti.
Setelah meneliti keadaan, kami pun berpakat tidak mahu ‘miss’ peluang yang diberi. Salah seorang dari kami akan pergi ke seminar tersebut dan akan berkongsi pengalaman di Bootcamp tersebut dengan kawan-kawan nanti.
Kami berfikir yang kami pun ingin berpeluang seperti orang lain untuk mempelajari ilmu baru. Memang ternyata orang Melayu kurang diberi peluang dan pendedahan tapi nevermind, tak apa. Kita akan cuba sedaya upaya untuk juga berjaya seperti mereka. Nasib baiklah ada yang telah berjaya seperti Irfan Khairi dan Team SaifulSham.
Mungkin ramai diantara kita telah pun mempunyai bisnes di internet tetapi kurang pengetahuan untuk menjadikan bisnes kita benar-benar lumayan dan berjaya. Anybody can put up a website on the internet but not everyone can have good ranking, optimum traffic and qualified visitors….that will give you high profits.
Website ni macam pokok juga, ia adalah organik. Kalau kita jaga dengan baik, biar grow dengan berkesan, ia akan membuahkan hasil yang lumayan. But kalau kita biarkan sahaja, tak maintain, tak update, ia akan dikerumuni lalang dan akhirnya tenggelam di dalam hutan internet.
Teknik SEO sentiasa berubah dan pihak Search Engines sentiasa menukar algorithm (algoritma) mereka dalam menentukan kedudukan ranking di dalam listings mereka. Mungkin apa yang kita tahu tentang SEO pada hari ini akan lapuk pada bulan hadapan maka kita harus sentiasa up-to-date dengan perkembangan tersebut.
Derek Gehl telah menyatakan bahawa company beliau sentiasa up-to-date dengan perkembangan SEO dan itulah pengetahuan yang ingin kita miliki. Bagi mereka yang faham what I’m trying to say here, anda akan sedar kepentingan pengetahuan tersebut dalam memberi trafik yang optimum kepada kita and for the survival of our business.
ps- saya telah hadir pada sesi petang (2.30pm) seminar introduction tersebut. Dan ye, ni kat cybercafe…
Popularity: 10% [?]


























