RSS
June 27, 2006 | admin | Comments 0

Bagaimana Saya Bermula di Dalam Bidang Ini

Pagi ni saya terasa pula nak kongsi cerita kenapa dan bagaimana saya telah melibatkan diri di dalam bidang pemasaran dan perniagaan internet ni.

Sebenarnya saya dah lama minat komputer, sejak saya umur 9 tahun lagi. Zaman tu tahun 1985. Komputer pertama ayah saya beli untuk family kami ialah Sinclair QL. Saya banyak menghabiskan masa belajar buat BASIC programming dan juga main games. Saya sempat juga try komputer jenis Commodore 64 (kat sekolah) dan permainan ATARI. Oh ye, masa tu saya duduk kat Scotland, UK. Rasanya time tu kat Malaysia belum ada lagi personal computers (saya tak pasti).
10 tahun kemudian, tahun 1995, ayah pasang internet kat rumah di KL. Saya banyak menghabiskan masa chatting dan surf websites. Masa tu dah umur 19. Bila fikir balik sekarang, bodoh gak aku masa tu coz tak fikir pun nak buat duit kat internet!
Tahun 1996-2000, saya telah sambung pelajaran kat England. Kali ni internet adalah tempat untuk saya research thesis dan maklumat dan untuk buat lukisan autoCAD, 3-D design, etc. Thesis untuk degree saya adalah tentang QFD (quality function deployment) dan penggunaan QFD software untuk bidang Construction. Kalau ditanya balik hal tu, saya pun dah tak ingat. Then masa saya sambung Masters saya buat thesis tentang information technology in construction (dari segi implikasi kerjaya dan management).
Macam best je, kan? Tapi bila balik Malaysia, saya tak ada kerja! Bidang saya ambil tu tak ada di sini. Nasib baik saya tak perlu bayar loan pelajaran coz semua dah convert jadi biasiswa. Selepas 6 bulan lebih menganggur, barulah dapat kerja sebagai quantity surveyor, tapi itu bukan bidang saya pun.
Dalam 4-5 tahun setelah graduate, saya telah bekerja di hampir 8 buah syarikat (on and off). Saya juga melibatkan diri dalam MLM, insurans dan unit trust untuk menambahkan pendapatan. Saya memang rasa frust tapi saya tidak pernah lupa minat saya terhadap komputer dan internet. Time frust itu lah saya decide nak langgan on-line game, World of Warcraft. Berbulan-bulan duit gaji dan masa diluahkan ke situ je.

Luckily, pada masa yang sama, saya juga membeli buku tentang internet marketing - Corey Rudl, Sen Ze, Irfan Khairi dan buku-buku lain seperti Donald Trump. Saya juga pergi ke kursus intro (free) internet business yang dijalankan oleh pakar dari luar negara.
Sekarang saya dah ada website dan beberapa buah blogs. Saya plan nak expand lagi bisnes saya ni nanti.
Ye, memang sometimes saya terasa gak nak kerja di dalam bidang construction engineering coz ada orang komen saya merugikan pelajaran saya je. And sometimes lonely gak kerja mengadap PC je, tanpa rakan sekerja. Nasib baiklah ada forum seperti melayu.com, wangcyber.com dan forum luar negara.
Ada gak orang hairan kenapa saya nak buat perniagaan internet full-time?
The thing is, saya yakin akan bisnes saya ni. Maybe ayah dan family tak setuju, kawan-kawan pun suruh cari kerja tetap. Mereka tak yakin yang pendapatan saya perolehi akan berterusan walaupun terbukti di seluruh dunia beribu-ribu orang buat transaksi bisnes di internet. Family dan sahabat rasa ragu-ragu dan takut saya kena tipu. But InsyaAllah semua okay dan saya akan berjaya.

Oh ye, hari ni ayah saya punya birthday. Birthday ke-54.

Happy Birthday Ayah! Live Long & Prosper.

Popularity: 11% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Old TBlog EntriesUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: