RSS
April 14, 2006 | admin | Comments 0

Tidak Ada Website Tapi Ingin Menjadi Ahli Program Affiliate

Jika anda tidak mempunyai website, anda masih boleh menjadi ahli program affiliate kerana sesetengah program ada menawarkan website percuma untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Yang bagusnya tentang program affiliate ialah kebanyakkan program boleh disertai dengan percuma, tanpa anda perlu membeli apa-apa, tanpa yuran keahlian atau menyimpan stok barangan.

Adakalanya keahlian program affiliate ditawarkan hanya kepada pengguna produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat. Ia adalah sebagai tanda terima kasih kepada pengguna. Hanya orang yang pernah menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut yang boleh menilai dan memberi pandangan SEBENAR mengenainya.

Anda juga boleh menjadi affiliate untuk produk seperti e-book. Ini semua bergantung kepada siapa target pengguna anda. Sebuah e-book yang berharga US$49 masih murah bagi orang yang tinggal di Amerika Syarikat dan Eropah kerana US$49 itu UMPAMA RM49 untuk mereka. Malangnya, bagi kita di Malaysia, US$49 itu adalah sebenarnya lebih kurang RM200. Tidak mungkin orang Malaysia akan membeli e-book yang berharga RM200 (sebuah) kerana ia terlalu mahal. Mungkin kita akan membeli sebuah buku di kedai yang berharga diantara RM5-RM70, tetapi tidak ramai yang akan membeli buku berharga RM200 kecuali jika ia sebuah Encyclopaedia atau buku teks khusus untuk universiti.

Cara lain untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan affiliate yang anda sertai TANPA ada website sendiri ialah melalui:

1.) Meletakkan signature affiliate link di forum (pastikan terlebih dahulu peraturan forum yang anda sertai tentang meletakkan link affiliate!).

2.) Iklankan website percuma yang diberi oleh program affiliate dengan Google Adwords dan online Ads yang sebagainya.

3.) Meletakkan link di website yang menawarkan pengiklanan percuma.

4.) Menulis rencana (articles) tentang produk dan perkhidmatan tersebut, disertakan dengan affiliate link (pastikan terlebih dahulu peraturan article-site yang anda sertai tentang meletakkan link affiliate!)

5.) Membuat blog percuma di Blogger, Tblog, Wordpress.com dan meletakkan link affiliate di sana.

6.) Promosi produk affiliate melalui ezine, dan newsletter (email marketing).

7.) Meletakkan link affiliate di signature email anda (email marekting).

9.) Meminta tolong kawan atau famili yang ada website untuk meletakkan link affiliate anda di website mereka.

10.) Promosikan link affiliate anda secara off-line (secara lisan, bertulis dan lain-lain).

Popularity: 17% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Old TBlog EntriesTentang Program AffiliateUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: