Memilih Nama Domain
Apakah nama domain?
Nama domain mengenalpasti satu atau lebih alamat IP (internet protocol). Nama domain digunakan pada URL untuk mengenalpasti laman web (web pages). Sebagai contoh, pada URL www.melayu.com/perkampungan, nama domain ialah melayu.com.
Disebabkan pengendalian internet adalah berdasarkan alamat IP dan bukan nama domain, setiap server web memerlukan server Sistem Nama Domain (Domain Name System/DNS) untuk menterjemahkan nama domain kepada alamat IP. Apakah alamat IP? Nombor unik yang digunakan adalah seumpama alamat pada surat dan membolehkan rangkaian internet dikenalpasti dan berkomunikasi.
Contoh IP untuk Malaysia: 219.93.XXX.X - 219.93.XXX.XXX, dimana alamat IP yang dikelolakan oleh TMNet adalah diantara: 219.93.152.0 - 219.93.183.255. Contoh IP untuk England (UK): 60.XX.XXX.XX (dimana X adalah nombor-nombor unik untuk rangkaian internet di sana). Saya TIDAK akan bercerita panjang tentang perkara tersebut. Kalau nak tahu dengan lebih mendalam (lebih teknikal) lagi tentang nama domain dan alamat IP, sila cari di enjin carian (Yahoo, Google, MSN dan sebagainya).
Untuk memilih nama domain yang sesuai untuk website anda, anda boleh: Gunakan nama produk utama / topik utama (main niche) anda didalam nama domain.
Sebagai contoh, jika website anda adalah tentang golf, nama domain yang boleh digunakan ialah: golf.com, golf.com.my, peralatan-golf.com.my, maingolf.com.my dan sebagainya. (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).
Gunakan nama perniagaan atau kedai anda seperti: tesco.com, majuberhad.com, jayajusco.com.my, kedai-baju.com, arkitek-perunding.com.my (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN)
Gunakan nama sendiri seperti: aznilhajinawawi.com.my, sitinurhaliza.com, pakcik-macam-macam-ada.com, nama-aku.com.my (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).
Gunakan apa-apa sahaja sebagai nama domain asalkan tidak mempunyai unsur pornografi (lucah), dadah, perkauman, perjudian, jenayah dan unsur-unsur negatif yang lain.
Contoh nama domain yang berbeza dan tidak ada kaitan dengan produk, perkhidmatan atau nama pemiliknya: google.com, yahoo.com, altavista.com. (INI SEMUA CONTOH, MUNGKIN NAMA DOMAIN TERSEBUT SUDAH DIMILIKI ORANG LAIN).
Cara Menentukan Nama Domain Manakah Yang Terbaik? Terdapat berbagai pendapat tentang perkara ini. Semua bergantung kepada sama ada anda mempromosikan perniagaan (syarikat / kedai) ATAU produk (barangan) ATAU perkhidmatan (servis yang ditawarkan) ATAU topik niche.
Jika anda tetap ingin menggunakan nama anda pada nama domain, letakkan sekali jenis produk atau perniagaan atau perkhidmatan yang ditawarkan supaya pengunjung laman web anda tidak tercari-cari dan tidak terkeliru dengan apa yang ingin anda tawarkan kepada mereka. CONTOH:amir-jurugambar-perkahwinan.com.my, bajukurungnatasya.com, minah-catering.com.my, klinikmamatdanrakan.com.
Anda boleh memilih nama domain seperti kedai-abu.com atau kedaiabu.com (tanpa simbol ‘-’). Ini bergantung kepada anda. Sebaik-baiknya, anda pilihlah nama domain yang memberi gambaran barangan atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.
Popularity: 19% [?]


























