RSS
April 07, 2006 | admin | Comments 0

Jika Anda Mempunyai Kedai atau Produk Sendiri

Saya rasa paling mudah untuk ceritakan mengenai hal ini ialah dengan memberikan contoh:

Contoh:

Anda mempunyai kedai menjual bunga di Kelana Jaya. Di kawasan anda pun terdapat banyak kedai bunga yang lain yang menjadi persaingan. Maka anda ingin meluaskan lagi perniagaan anda ke kawasan lain di Kuala Lumpur dan Selangor (Lembah Kelang). Anda telah mendapat ilham untuk mempromosikan perniagaan anda di internet.

Soalan-soalan anda harus tanya diri sendiri:

Adakah anda akan mempromosikan PRODUK (bunga-bungaan) sahaja atau KEDAI (kedai bunga) anda atau kedua-duanya sekali? Pastikan barangan yang akan anda jualkan di internet.

Adakah anda akan mempromosikan dan menjual semua produk di kedai anda melalui internet? Atau adakah anda akan hanya mempromosikan barangan tertentu sahaja di internet? Jika anda menjual produk, anda harus letakkan gambar dan spesifikasi produk tersebut di website anda agar pengunjung mendapat maklumat mengenai produk tersebut dan boleh membuat pilihan yang tepat sebelum membeli.

Adakah anda mempunyai kamera digital untuk mengambil foto produk tersebut? Sebagai contoh, kedai bunga akan memerlukan gambar bunga-bunga yang dipromosikan untuk menunjukkan jenis-jenis bunga, cara susunan, pakej hiasan dan saiz. Kebanyakkan orang tidak akan membeli produk jika mereka tidak tahu rupa produk tersebut. Jika anda hanya menulis fakta sahaja tetapi tidak disertakan gambar, orang ramai tidak akan berminat membelinya. Jika anda menunjukkan gambar produk sahaja tanpa spesifikasi dan maklumat lanjut, orang ramai pun tidak akan berminat membelinya kerana mungkin tidak percaya dengan promosi tersebut.

Sebagaimana yang disebut di posting-posting dibawah sana, rangkakan terlebih dahulu apa yang anda hendak sampaikan di website anda nanti. Tuliskan maklumat, jenis produk dan sebagainya. Anda boleh gunakan kertas A4 untuk mereka-bentuk (design) bakal website anda nanti.

Tentukan latar (layout) website anda, cara susunan produk dan maklumat. Rancangkan terlebih dahulu rupa website anda, dan mukasurat (web pages) yang akan anda bina. Tentukan sama ada website anda akan mempunyai satu mukasurat sahaja, atau lima mukasurat atau lebih. Lukis setiap mukasurat dan tentukan reka bentuknya pada kertas A4.

Setelah anda berpuas hati dengan perancangan anda dan sudah memikirkan rancangan anda sebaik-baiknya, anda boleh memikirkan cara untuk mereka-bentukkan website anda dengan perisian-perisian seperti Microsoft Frontpage, Dreamweaver, Xsitepro dan lain-lain.

Memilih dan membeli nama domain.

Sebaik-baiknya pilihlah nama domain yang berkaitan dengan perniagaan anda. Misalnya jika anda menjual bunga kepada orang di Malaysia sahaja, pilih nama seperti ‘bunga.com.my’ atau ‘kedaibunga.com.my’. Jika perniagaan anda mempunyai pelanggan dari luar negara (anda mempunyai kemudahan untuk mengirim bunga ke negara lain), pilih nama domain seperti ‘flowers.com’ atau ‘buyflowers.com’.

Pilih webhosting yang sesuai. Selalunya jika anda melanggan perkhidmatan webhosting anda juga boleh membeli nama domain dari mereka atau mereka akan memberi nama domain percuma dengan pakej yang dilanggan. ATAU, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kesemuanya - perisian mereka-bentuk website, Webhosting, nama domain dan SEO (seach engine optimisation) seperti Site Build it (SBI).

INGAT! Kaji dulu sebelum terus membeli perisian membina website, nama domain dan webhosting! Setiap langganan perkhidmatan internet dikira dari setahun ke setahun. Baca posting: Kaji Sebelum Membeli dan Membina… Contoh kedai bunga di internet: Blooming.com.my

Popularity: 9% [?]

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Entry Information

Filed Under: Old TBlog EntriesTips Bisnes InternetUncategorized

About the Author: Galadriel is the owner of www.internetmelayu.com. She enjoys blogging, web designing, writing, interior designing, traveling, playing PC and console games and anything related to technology. Yes, she's a techno-geek and proud of it. :)

RSSPost a Comment  |  Trackback URL

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :oops: :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :!: :?: :idea: :arrow: :| :mrgreen: