RSS Feed dan RSS Reader
Anda mungkin pernah melihat butang berwarna oren, seperti:
atau
ketika melayari website-website di internet.
Apakah kegunaan butang XML atau RSS?
Melalui butang-butang tersebut, anda boleh melanggani newsfeeds atau berita secara ‘live’.
Anda tidak perlu memeriksa jika sesuatu blog atau website itu sudah di-update atau belum kerana maklumat itu akan dihantar terus ke RSS Reader anda!
RSS bermaksud Really Simple Syndication. Jika anda subscribe ke website yang ada RSS feed, anda tidak perlu ke website tersebut setiap hari atau minggu untuk melihat perubahan dan penambahan terbaru. Ini adalah teknologi terbaru yang digunakan di internet pada masa kini dan ia adalah percuma.
Website-website, blog-blog dan juga forum-forum di Amerika Syarikat dan Eropah telah mengunakan khidmat RSS untuk pengunjung dan klien mereka.
Bagaimana nak gunakan RSS?
Mula-mula sila downloadkan RSS Reader secara percuma di:
http://www.rssreader.com/download.htm
Setelah selesai download dan mengikuti segala arahan di website tersebut:
Jika anda guna browser Internet Explorer: sila right-click butang RSS
atau
yang anda temui di website atau blog yang anda layari.
Kemudian pilih arahan copy shortcut dan paste URL tersebut ke RssReader anda.
Jika anda guna browser Mozilla FireFox: sila right-click butang RSS atau
atau
yang anda temui di website atau blog yang anda layari.
Kemudian pilih arahan copy link location dan paste URL tersebut ke RssReader anda.
Subscribe Feed Melalui New Yahoo Mail tanpa menggunakan RSS Reader lain:
Jika anda mempunyai akaun Yahoo Mail (new Yahoo Mail), anda boleh subscribe pada mana-mana RSS feed dengan:
1.) Pada New Yahoo Mail, lihat pada column kiri dan pilih All Feeds.

2.) Untuk menambahkan feed, klik pada Add.
3.) Sebuah tetingkap pop-up yang bertajuk Add Content akan muncul.

4.) Pada kotak Find RSS Content, anda boleh taipkan keyword untuk mencari RSS feed ataupun taipkan URL RSS.
5.) Klik pada butang + Add
Mulakan langganan newsfeed pertama anda melalui Blog Internet Melayu dengan cara yang disebut diatas atau copy dan paste kan link ini:
http://feeds.feedburner.com/internetmelayu/DYOy
pada newsreader anda:
Tahniah!
Anda sudah berjaya langgani newsfeed daripada website atau blog tersebut!
Popularity: 24% [?]
Filed under: Old TBlog Entries, Tentang RSS, Uncategorized











Dah cuba..best dan menjimatlan masa
Saya tak tahu pun apa RSS FEED sebelum ni.Thanks for sharing.
[...] Apakah RSS Feed? [...]