Tips Bisnes Internet 0001
Anda mungkin:
1.) Mempunyai syarikat yang menjual produk (seperti kilang serbuk kopi, kedai kasut, menjual komputer dan lain-lain).
2.) Mempunyai syarikat yang menawarkan perkhidmatan (bengkel kereta, nasihat guaman, pusat tuisyen, andaman perkahwinan, sewa khemah kahwin dan lain-lain).
3.) Bekerja sendiri – menjual barangan bagi pihak ketiga seperti membuat multi-level-marketing (MLM) dan direct-selling.
4.) Bekerja sendiri – menjual perkhidmatan bagi pihak ketiga seperti menjual insurans, unit trust dan sebagainya.
5.) Bekerja sendiri – berniaga kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih, makanan ringan, menerima tempahan menjahit pakaian, dan lain-lain.
Semua jenis bisnes yang disebut diatas boleh memanfaatkan internet bagi mempromosikan barangan dan perkhidmatan dengan memberi maklumat lanjut mengenai perniagaan anda, tawaran terbaru, spesifikasi produk dan lain-lain lagi.
Sebagai contoh, anda menerima tempahan menjahit pakaian seperti baju kurung dan baju melayu. Anda boleh menggunakan website untuk mengiklankan perniagaan anda, mengumumkan waktu urusan perniagaan dan bila anda cuti, mempamerkan grafik pakaian-pakaian yang anda pernah design dan jahit selama ini, memberi pengumuman kepada pelanggan tentang tempahan mereka (sudah siap atau belum) dan menjual barangan anda di internet.
Seperti yang anda baca di dalam Posting di bawah, untuk memulakan perniagaan di internet anda memerlukan:
1.) Akses kepada Komputer atau lap-top Komputer.
2.) Sambungan internet (sebaik-baiknya Streamyx/broadband, tapi sambungan Dial-up pun tak apa).
3.) Perisian untuk membina Website.
4.) Pemilihan nama domain (domain name).
5.) Webhosting yang sesuai.
Popularity: 10% [?]
Filed Under: Old TBlog Entries • Tips Bisnes Internet • Uncategorized






on
on