Saya telah menaiki Komuter dari Shah Alam pada jam 8:00 untuk ke KLSentral memandangkan suami saya last-minute terpaksa pergi ke Terengganu pada pagi ini kerana ada plant shutdown di Kerteh.
Di KLSentral, saya telah menaiki bas ke LCCT, terminal AirAsia. Check-in di LCCT berjalan dengan lancar dan saya sempat menelefon suami saya semasa di departure hall. Rupa-rupanya beliau sudah hampir dengan Temerloh. Rakan seofis yang drive kereta so suami saya dapatlah relax.
Memang terharu juga kerana suami saya tak dapat ikut, Nasib baiklah adik saya akan ikut serta ke Bali, walaupun flightnya adalah pada hari esok.
Semasa di balai perlepasan, nasib baik jugalah saya telah membayar untuk XPress boarding kerana saya dapat memilih tempat duduk diatas kapal terbang. Yang bestnya, saya orang pertama beratur dan orang pertama naik kapal terbang. :p
Saya memilih tenpat duduk dihadapan sekali dan disebelah tingkap. Semasa enjin kapal terbang tengah berderum, sempat juga baca doa-doa. Yelah, perjalanan jauh …

Semasa diatas kapalterbang, saya sempat beli kopi panas dan sandwich. Harganya dalam Rupiah, so bila tukar ke Ringgit, memang lebih murah berbanding harga makanan AirAsia kalau destinasi dalam Malaysia.
Semasa didalam penerbangan, 2 jam yang pertama agak bosan kerana hanya nampak awan saja dan lautan. Kemudian, bila dah melalui area Surabaya (rasanya Surabaya kot?), kat bawah tu nampak kesan geografi yang amat cantik sekali, jaluran tanah dan batu-batan serta lanskap yang menarik.Di pesisir pantai, kelihatan beberapa tompok-tompok kediaman orang.
Tak lama kemudian, kelihatan semula lautan, tapi kali ni, rasanya kapa terbang terbang lebih rendah kerana lautan kelihatan begitu dekat. Tiba-tiba saya ternampak pesisiran pantai Pulau Bali, memang cantik sekali.
Sebelum kami mendarat, penumpang-penumpang bersorak “wow” melihat kecantikkan ombak yang beralun-alun menuju ke pesisir Airport Denpasar. huhu … memang kelakar tapi memang benar-benar cantik pun.
Setibanya di Airport Ngurah Rai, Denpasar, urusan imigresen berjalan dengan baik dan cepat, terutamanya kerana pihak imigresen Indonesia telah menyediakan lorong khas untuk pemegang passport Malaysia. So, saya tak perlu beratur panjang macam warganegara lain. Memang bagus betul imigresen di Bali ni!
Di luar balai ketibaan, pihak Hotel Sanur Beach telah menghantar pemandu hotel mereka untuk membawa saya ke Hotel. Baguslah, dapat free transport ke hotel pergi-balik.
Pemandangan di Bali dan cuaca kurang lebih je macam di Malaysia cuma terdapat banyak ukiran batu dewa-dewi di keliling pulau ini. Jalan rayanya okay, kecil sedikit tapi bersih.

Setibanya di Hotel Sanur Beach, saya telah bertemu dengan Mr. Dewa yang menguruskan booking hotel saya. Saya juga diberi minuman ‘welcome’, iaitu jus oren. huhu … saya bertanya dulu air apa tu, sebab manalah tahu, takut diberi minuman you-know-what. Tapi memang jus oren pun.
Selepas dah tengok bilik - dan bilik diberi memang best - sebab ada balkoni dan mengadap taman hotel.

Saya pun bawa keluar selipar pantai saya dan terus mengatur langkah menerokai taman hotel, melihat kolam renang dan berjalan tepi pantai.


Oh, ternyata, ramai betul mat-minah salleh tengah berjemur di tepi pantai, tapi saya hanya seorang pengembara yang berminat mengambil foto alam semulajadi dan menikmati angin laut.

Terdapat banyak juga kedai-kedai kecil menjual souvenir dan juga menawarkan khidmat urut-urutan. Saya senyum je kat makcik-makcik yang asyik nak suruh saya beli barang kat kedai mereka tu dan kata kat mereka, esok sajalah saya datang membeli.
Dah penat jalan-jalan tepi pantai, yelah, mana syok jalan sorang-sorang … :p, saya pun kembali ke bilik. Dah rehat sekejap, saya pun turun ke lobi hotel dan cuba menggunakan Wi-fi free yang disediakan di lobi.

Setelah saya email kepada suami, ayah dan adik-beradik saya semua, saya pun menulis coretan ini di Blog Internet Melayu.
Kak G.
ps - gambar kena letak kemudian sebab internet sini slow-melow. :p
UPDATE TERKINI:
ps2 - malam tadi sempat lepak-lepak dengan Ladan Lashkari, Edmund Loh, Shafir Ahmad, Kevin Riley, Ian Del Carmen, Dee Ferdinand, Alan Cheng, Frank Bauer, Aurelius Tjin, Kevin Brown, Jimmy Chen, John Mann, Teo Chang Wee dan Ramaraju.
Popularity: 10% [?]

Loading ...
1 Comment »
Filed under: Motivasi Internet, Photos, Travel, Uncategorized