HOME

 BLOG

 DICTIONARY

 LEGAL POLICIES

SERVICES

Welcome to the InternetMelayu.com Website

This website/blog is on internet marketing in Malaysia, written 80-85% in the Malay Language and some parts in English. Our website is constantly changing as we build it to accomodate new features on internet marketing. Do check out our Internet Marketing Dictionary (bi-lingual). If you need any help, do forward your queries to our Helpdesk.

LATEST NEWS:

Free Report:

Click HERE to download.

Projek: Akan Datang:

Satu Produk BARU Dari InternetMelayu.com.

 


Selamat datang ke Website InternetMelayu.com

Website/blog ini adalah mengenai pemasaran dan bisnes internet dan ditulis 80-85% dalam Bahasa Melayu dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris. Website kami sentiasa berubah-berubah bagi menempatkan ciri-ciri baru berkenaan pemasaran internet di Malaysia. Sila lihat kamus pemasaran internet (dwi-bahasa) kami. Jika anda memerlukan pertolongan, sila tujukan soalan anda kepada Helpdesk kami.

Apakah Pemasaran Internet (Internet Marketing)?

Pemasaran internet merujuk kepada segala aktiviti untuk memasarkan produk atau perkhidmatan melalui medium internet dan merangkumi berbagai teknik khusus termasuk pembinaan laman web jualan, shopping cart jualan, pemprosesan bayaran melalui internet, 'search engine optimization' (SEO), penjanaan trafik ke laman web, pengiklanan dan proses pemasaran itu sendiri.  

Apakah yang boleh dijual melalui Pemasaran Internet?

Apa-apa sahaja asalkan produk tersebut boleh dijual di internet dan ada yang akan membelinya online. Ramai usahawan internet telah menjual produk dan perkhidmatan mereka seperti ebook, software, khidmat freelance (grafik, penulisan, programming), produk affiliate (untuk mendapat komisyen jualan), gelang, kasut dan produk-produk dari eBay.

Apakah bahaya pemasaran internet kepada PEMBELI?

Seperti mana-mana perniagaan, sama ada di alam maya internet ataupun di alam nyata, memang pasti wujudnya segelintir manusia yang akan menyalahgunakan internet untuk menipu (con), menjalankan aktiviti penipuan (fraud) dan menganggu ketenteraman awam. Teknik-teknik yang digunakan didalam pemasaran internet juga telah digunakan secara berleluasa oleh mereka yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.

Anda dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mengunjungi laman web yang menjalankan aktiviti larangan seperti penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.

Jika anda curiga atau was-was dengan penjualan sesuatu produk, sama ada di sebuah laman web atau forum, elakkan dari membelinya. Selidiki dulu laman web berikut, latar belakang penjual dan produk yang ditawarkan. Gunakan payment processor seperti PayPal, khidmat escrow dan sebagainya kerana anda boleh mendapat wang anda kembali (refund), jika produk atau perkhidmatan tidak memuaskan.

Apakah bahaya pemasaran internet kepada PENJUAL?

Sebagaimana terdapat bahaya untuk pembeli di internet, terdapat juga bahaya bagi mereka yang menjual barangan online.

Bahaya #1: Masalah ditipu pembeli: ada juga segelintir pembeli yang cuba menipu penjual dengan tidak membayar sepenuhnya untuk produk atau perkhidmatan yang diterima.

Bahaya #2: Masalah penggodam: Blog-blog yang jarang dikemaskinikan (update), penggunaan skrip-skrip yang tidak 'secured' dan sebagainya memudahkan laman web diceroboh.

Bagaimana hendak memastikan perniagaan internet anda tidak menyalahi undang-undang:

  • Jangan melibatkan diri dengan jualan atau pemasaran produk-produk atau perkhidmatan berkaitan penjualan skim cepat kaya, bahan lucah, aktiviti perjudian dan sebagainya.
  • Jika anda ragu-ragu tentang sebuah program affiliate atau program referral, elakkan dari menyertainya.
  • Sentiasa bersikap jujur, berterus-terang dan amanah dengan bakal pembeli dan pembeli.
  • Berikan maklumat yang berfaedah kepada pengunjung laman web anda.

Adakah saya SESUAI untuk menjalankan perniagaan secara online melalui kaedah pemasaran internet?

  1. Anda mesti tahu menggunakan komputer atau laptop dan aksesori berkaitannya, seperti modem, penyambungan ke internet dan sebagainya.
  2. Anda mesti tahu cara back-up laman web dan dokumen-dokumen anda pada PC dan pada internet.
  3. Anda mesti RAJIN dan SUKA BELAJAR PERKARA BARU.
  4. Anda mesti ada 'initiative' sendiri untuk belajar tentang web design, programming, SEO dan apa-apa berkaitan laman web dan internet.
  5. Anda mesti kuat semangat dan tidak mudah berputus asa (walaupun tidak ada pembeli atau dimarah pembeli atau digodam berkali-kali.)
  6. Sebaik-baiknya anda SUKA duduk di hadapan komputer berjam-jam untuk membina laman web, mengemaskini laman web, mencipta produk, memantau laman web dan back-up data anda.
  7. Anda mesti ADA MASA untuk berada di hadapan PC anda, memantau laman web dan jualan anda dan memastikan semua dalam keadaan baik.

Warning:

Jika anda malas, malas membaca, malas nak bina laman web atau blog atau tidak suka melayari internet atau tidak ada masa untuk melayari internet, saya cadangkan anda TIDAK melibatkan diri dalam bidang pemasaran internet tetapi memasarkan produk anda di dunia yang nyata (offline).

Anda hanya akan KERUGIAN WANG dan MASA dan TENAGA jika TERSILAP marketing.  

INTERNET MARKETING TIDAK MUDAH DAN TANPA PENGETAHUAN DAN USAHA YANG GIGIH, ANDA TIDAK AKAN JADI KAYA SERTA-MERTA.



Please click below to continue to the Internet Melayu Blog: 

www.internetmelayu.com/blog

Sila klik pada link diatas untuk ke Blog Internet Melayu.



Free Downloads:

Majalah IM Malaysia

Majalah IM Malaysia

Semua dibawah ini adalah PERCUMA. Anda tidak perlu memberi email anda atau login-in mana-mana untuk mendownload dokumen-dokumen tersebut. Dokumen adalah berbentuk PDF dan anda memerlukan Adobe Reader untuk membacanya. Download Adobe Reader secara percuma di sini:

Download Adobe Reader
Adobe Reader

Our 2008 Calendar (with Malaysian public and school holidays):
Download 2008 Calendar

Manual XsitePro Dalam Bahasa Melayu: Free
Manual BM XSitePro: |
Part 1 | Part 2 | Part 3 |

(Sila right-click link diatas dan pilih SAVE AS untuk mendownload dokumen-dokumen tersebut.)

Internet Melayu Video | Video Pemasaran Internet

The content presented here requires JavaScript to be enabled and the latest version of the Macromedia Flash Player. If you are you using a browser with JavaScript disabled please enable it now. Otherwise, please update your version of the free Flash Player by downloading here.

 

This website is best viewed with FireFox:


Join Clickbank's Affiliate Program Free!
The Clickbank Affiliate Program is now open to Malaysians.

www.clickbank.com
HyperVRE
FREE software to build multiple Adsense sites. Make more money through Adsense.

www.HyperVRE.com
Keyword Search Tool
Recommended keyword analysis tool for SEO purposes and finding search terms for your website.

www.keywordtool.com
XSitePro
Web-builder with SEO function, Adsense-ready and made for Internet Marketing!
 
http://www.XSitePro.com
Kiosk Hosting
Hosting with a unique referral system - payouts till 10 levels.

www.kioskhosting.com
Get a USA Mail Address
USA Mailing Address and Forwarding Service for your business.

www.USA-2-Me.com

HOME

 BLOG

 DICTIONARY

 LEGAL POLICIES

HELPDESK

 Proudly Powered by XSitePro

Copyright 2006-2008 www.internetmelayu.com. All Rights Reserved.